Hiburan

Aliff Aziz Minta Pendapat Peminat Untuk Pujuk Wanita Merajuk - “Kalau Mood Merajuk, Anda Nak Apa?”

Asyraf Roslan
24/11/2024
11:55 MYT
Sponsor Banner
Aliff Aziz Minta Pendapat Peminat Untuk Pujuk Wanita Merajuk - “Kalau Mood Merajuk, Anda Nak Apa?”
Penyanyi, Aliff Aziz menarik perhatian warganet apabila meminta pendapat bagaimana mahu memujuk wanita.
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Aliff telah membuka satu poll dan bertanya kepada pengikut wanitanya apa yang diperlukan jika mereka sedang merajuk.
“Soalan pantas, saya perlukan pendapat anda.
“Kalau korang mood merajuk, korang nak apa?” soal Aliff.
Dalam poll yang disediakan terdapat tiga pilihan jawapan iaitu jambangan bunga, minyak wangi dan makanan.
Namun selepas dua jam membuat hantaran, penyanyi lagu Sayang-Sayang itu telah pun berkongsi keputusan poll tersebut dengan menunjukkan makanan kegemaran mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 52 %.
Alif juga mengucapkan terima kasih kepada peminatnya kerana sudah membantu dan menyatakan akan meminta bantuan lagi sekiranya diperlukan.
“Terima kasih atas cadangan, ia menjadi.
“Lepas ini kalau saya ada apa-apa lagi, korang share pendapat korang ya,” katanya.
Sekadar info, Aliff dan bekas isterinya, Bella yang mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka berdua telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Ayden Adrian, 7 dan Ara Adreanna, 4.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar