Berita

Aliran Tunai FashionValet, SPRM Rakam Percakapan Empat Lagi Individu

Umirah Halim
14/11/2024
10:25 MYT
Sponsor Banner
Aliran Tunai FashionValet, SPRM Rakam Percakapan Empat Lagi Individu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merakam percakapan empat lagi individu dalam menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pasangan pengasas platform e-dagang FashionValet Sdn Bhd (FashionValet).
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan masih diteruskan ketika ini dan pihak SPRM sudah merakam percakapan 14 individu sebelum ini.
"Siasatan masih diteruskan di mana setakat ini sudah 14 orang sudah dirakam percakapan. Jangkaan ada empat lagi percakapan," katanya kepada Astro AWANI.
Dalam pada itu, Azam berkata, pihak SPRM akan cuba melengkapkan siasatan mengenainya dalam tempoh dua minggu lagi.
Semalam, memasuki hari keenam proses rakaman keterangan terhadap pasangan pengasas FashionValet itu dijalankan.
Ia setelah SPRM sebelum ini mengesan terdapat beberapa transaksi akaun mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet. - Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar