Hiburan

"Allah Bagi Saya Peluang Kedua" - Hafidz Roshdi Bakal Comeback Selepas Setahun Tak Berlakon, Sempat Jadi Penghantar Barang

Umirah Halim
23/06/2024
11:00 MYT
Sponsor Banner
"Allah Bagi Saya Peluang Kedua" - Hafidz Roshdi Bakal Comeback Selepas Setahun Tak Berlakon, Sempat Jadi Penghantar Barang
Pelakon, Hafidz Roshdi memanjatkan rasa syukur kerana dapat berlakon kembali selepas lebih setahun tiada tawaran.

Peluang kedua buat Hafidz

Hafidz, 30, menyifatkan perkara tersebut umpama 'peluang kedua' buatnya dalam kerjaya seni dan berasa lega kerana tempoh setahun itu adalah tempoh paling lama pernah dilaluinya tanpa menjalani sebarang penggambaran.
"Alhamdulillah, Allah memberi peluang kedua apabila baru-baru ini saya kembali menerima tawaran lakonan selepas setahun tak 'shooting' (penggambaran).
"Saya pun tak sangka menerima tawaran daripada Global Station Sdn Bhd untuk berlakon dalam drama untuk siaran di Viu. Harapnya ini menjadi titik tolak untuk saya kembali aktif dalam dunia lakonan," katanya yang bakal membintangi drama Bawah Payung Awan musim kedua.

BERITA TRENDING: Hafidz Roshdi Dihina Kerja Sebagai Penghantar Barang? - “Saya Happy Je Kerja…”

BERITA TRENDING: Mahu Fokus Sambut Aidifitri Dengan Anak-Anak & Keluarga, Shu Shukri Tak Mahu Kenang Peristiwa Hitam

BERITA TRENDING: "Saya Tak Wajib Hadir, Nak Settlekan Kes Ini Cepat-Cepat" - Hafidz Roshdi

BERITA TRENDING: Kerap Tak Hadir Mahkamah, Netizen Geram Perangai Hafidz Roshdi - “Nampak Sangat Tak Bertanggungjawab”

BERITA TRENDING: “Ibu, Belilah Abah Robot Di Shopee” - Shuhada Dedah Anak Bongsu Rindu Belaian Seorang Bapa

Bapa anak dua itu juga sebelum ini banyak berteka-teki mengapa dirinya seolah-olah 'dipinggir' dan tidak diambil berlakon oleh mana-mana penerbit.
Bagaimanapun, dia tetap percaya semua itu adalah soal rezeki dan enggan mempersoalkannya.
"Tawaran itu ada datang juga termasuk awal tahun ini. Tapi akhirnya tiada rezeki kerana nama saya tidak diluluskan stesen televisyen. Saya pun tidak pasti apa sebabnya.
"Saya pun tidaklah mahu bertanya kepada penerbit atau pengarah mengenai hal itu. Saya anggap saja tiada rezeki kalau memang nama sudah ditolak," katanya

Masih kerja penghantar barang

Dalam pada itu, Hafidz turut memberitanu bahawa dia masih lagi meneruskan kerja sebagai penghantar barang untuk sebuah syarikat penghantaran terkenal demi kelangsungan hidup jika tiada kerja-kerja penggambaran.
Bahkan, dia semakin seronok melakukan kerja itu dan menganggapnya sebagai terapi terbaik untuk dirinya.

"Saya anggap kerjaya sebagai penghantar barang seperti proses 'healing'. Ini kerana saya dapat berjumpa ramai orang dan membantu meredakan masalah bipolar yang dihidapi sejak 2021," katanya.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar