Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Alyah Dapat Ilham Nama Anak Izzara Dari Restoran Di R&R Ayer Keroh, Tak Pernah Rancang Ambil Anak Angkat

Gempak 14/07/2024 | 08:55 MYT
Penyanyi Datin Alyah berkongsi kisah pemilihan nama buat anak angkatnya iaitu Nur Izzara.

Ilham Dari Nama Restoran

Menurut Alyah atau nama sebenarnya Nor Hasliah Abu Hassan, 43, dia menamakan Nur Izzara apabila mendapat ilham ketika berkunjung ke sebuah restoran di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, Melaka.

“Saya tak pernah letak nama anak ataupun anak saudara, jadi satu hari ketika saya mahu pulang ke Kuala Lumpur, saya singgah di R&R Ayer Keroh dan ada restoran nama Izzara di situ.

“Saya nak letak nama Izara Aishah tapi nanti keliru pula dengan pelakon Izara Aishah.

“Jadi ibu saya nasihat agar letak Nur di hadapan jadilah Nur Izzara,” kongsi Alyah.
Alyah ditemui pada sidang media program reality Gimme The Mic di The Bee, Publika, pada Khamis.

Dalam Proses Jadi Ibu

Dalam pada itu, pelantun lagu Kisah Hati itu turut mengakui dia kini masih dalam proses menjadi seorang ibu.

“Saya kerap jaga anak suadara tapi anak sendiri lain sedikit sebab dia akan bersama kita 24 jam, jadi perasaan saya sangat risau.

“Ketika The Hardest Singing Show, Nur Izzara sudah ada bersama saya tapi saya belum mendedahkan pada umum.

“Saya risau apabila pergi bekerja tetapi anak masih tidak sihat dan saya sedang melalui proses menjadi ibu,” katanya.

Tak Rancang Ambil Anak Angkat

Berkongsi lanjut, Alyah menganggap ia rezeki apabila dia dan suami yang juga maestro ternama, Datuk Ramli MS dikurniakan Nur Izzara kerana mereka tidak merancang untuk mengambil anak angkat sebelum ini.

“Saya tak pernah rancang ada anak angkat, ramai yang mahu beri pada saya sebab saya rasa komitmen anak ini bukan macam kucing.

“Setelah saya kerjakan haji dan saya dapat bayi ini selepas dua hari dilahirkan.

“Saya tak dapat kongsi kenapa bayi ini tidak bersama ibu bapanya tapi saya rasa ini rezeki saya dan Tok Ram,” ujarnya.
Jun lalu, Alyah berkongsi berita gembira apabila dia dan suami mengambil anak angkat ketika mengadakan majlis cukur jambul dan aqiqah anak perempuannya itu.
Untuk rekod, Alyah dan Ramli mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Alyah, Ramli MS Ambil Anak Angkat - "Nur Izzara Hadir Dalam Hidup Kami"

ARTIKEL BERKAITAN: Alami Batuk Berpanjangan, Alyah Derita Tidur Duduk Seminggu "Saya Terfikir Adakah Saya Akan Mati Di Sini"
#Alyah #Ramli MS #Anak Angkat #Nur Izzara
;