Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Aman Graseka Tolak Berlakon Adegan Atas Katil - "Dah Cukup Zaman Muda, Sekarang Perlu Jaga Perasaan Isteri & Anak-Anak"

Ernalisa 27/08/2024 | 05:25 MYT
Pelakon Aman Graseka mengakui umur yan g memasuki alam 'senja' menjadikan dirinya perlu menolak tawaran membabitkan adegan di ranjang terutama membabitkan lakonan dengan isteri orang.
Menafikan dirinya bukan pelakon 'suam-suam kuku' sebaliknya kata Aman dia kini perlu berhati-hati memilih watak bagi menjaga perasaan isteri dan anak-anaknya yang kian dewasa.

BERITA BERKAITAN : Wanita Tergamak Lempar Bayi Baru Lahr Tujuh Jam Dari Motosikal

BERITA BERKAITAN : Pilih Konsep ‘Child Free’, Alasan John Cena: “Saya Ada Banyak Perkara Nak Buat”

BERITA BERKAITAN : Keluarga Tak Mahu Tunai Wasiat Mendiang Alain Delon Dikebumi Bersama Anjing Hidup

BERITA BERKAITAN : Keluarga Tak Mahu Tunai Wasiat Mendiang Alain Delon Dikebumi Bersama Anjing Hidup

"Saya akui zaman muda apa sahaja babak saya tak bawa,jadi bila dah berusia sebegini saya fikir dah tak nak dah pegang watak atas katil dengan perempuan lain lagi-lagi dengan bini orang.
"Sekalipun dapat tawaran bapa,kalau ada anak..saya akan tanya pengarah anak lelaki atau perempuan.Kalau perempuan memang saya akan tolak walaupon pengarah kata 'ala bang cuma salam-salam je' Saya tak nak," tegas Aman.
Dia yang dihubungi Gempak berkata, dia tidak berfikir panjang menolak tawaran tersebut kerana lakonan babak intim melanggar prinsipnya buat ketika ini.
Dia akui tidak pernah kecewa menolak tawaran berlakon dengan mana-mana produksi yang menawarkannya dengan babak berkenaan.
" Saya tak 'ralat' langsung.. pada saya sudah tak sesuai untuk saya lakukan babak sedemikian. Cukup-cukupla zaman muda dahulu.. Dah banyak dosa saya buat.
"Rezeki itu luas. Bukan kita tolak satu tawaran, semua rezeki kita akan hilang. Alhamdulilallah saya senang dengan cara sekarang.

"Kalau tak silap saya lebih kurang 10 tawaran saya telah tolak setakat ini membabitkan watak atas katil," katanya.

Pelakon, Aman Graseka juga kini bersyukur dengan kehidupannya sekarang dan tidak pernah berasa malu berniaga di tepi jalan dengan menjual makanan kesukaan kanak-kanak iaitu Jellyball di Sungai Petani Kedah.
;