Viral

Wanita Tergamak Lempar Bayi Baru Lahr Tujuh Jam Dari Motosikal

gempak
Ernalisa
24/08/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
Wanita Tergamak Lempar Bayi Baru Lahr Tujuh Jam Dari Motosikal
Seorang wanita bertindak kejam melemparkan bayinya yang baru dilahirkan kira-kira tujuh jam dari motosikal ditunggangnya ke tepi jalan. Paling menakjubkan, bayi tersebut masih hidup meskipun diperlakukan sedemikian oleh ibunya sendiri.
Dua individu yang melalui jalan di Kampung Waru Jaya, Desa Waru Jaya, Kecamatan Parung, Kabupaten Bogor di Indonesia bagaimanapun menjadi penyelamat bayi itu ketika kejadian pada minggu lalu.

"Bayi itu dihantar ke klinik berhampiran untuk menjalani pemeriksaan. Selepas prosedur itu, saksi kemudiannya membawa mangsa ke balai polis Parung.

BERITA BERKAITAN : Keluarga Tak Mahu Tunai Wasiat Mendiang Alain Delon Dikebumi Bersama Anjing Hidup

BERITA BERKAITAN : Lagu Oh My Kadhale Viral Sampai Netizen Beri Jolokan Ikon Perpaduan Negara, Zubir Khan: “Saya Rasa Tak Layak Sebab…”

BERITA BERKAITAN : Buang trauma, Cut Intan Bawa Anak Ubati Mental

BERITA BERKAITAN : 10 Hari Tiada Pelanggan, 'Pak Cik Tukang Kasut' Pernah Tertidur Di Kaki Lima - "Memang Tiada Langsung Duit Poket..."

"Tubuh bayi seberat 2.4 kilogram itu tiada kesan luka," ujar jurucakap pihak berkuasa, Doddy Rosjadi sambil menambah mereka melancarkan operasi untuk menjejaki pelaku yang tergamak membuangnya.
Suspek akhirnya berjaya dikesan pada Rabu dan dikenali sebagai DS, 30, dari Desa Bojong Indah.

"Siasatan awal mendapati individu itu mengakui telah membuang bayinya yang pada mulanya diletakkan di dalam bakul buah di atas motosikalnya," jelas kandungan keterangan bertulis tersebut.

DS yang telah didakwa di bawah Undang-undang Perlindungan Kanak-kanak memberi alasan motif perbuatan itu kononnya untuk menutup aib kerana bayi tersebut adalah anak tidak sah taraf.
SUMBER:SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live