Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Amar Baharin Dedah Amyra Rosli Pertama Kali Rasa Pengalaman Keguguran, Usia Kandungan Baru Cecah 1 Minggu – “Sebelum Ini Hanya Dengar Orang Bercerita”

Khairil Khusyairi 21/12/2024 | 13:50 MYT
Pelakon Amar Baharin berkongsi kisah keguguran yang dialami isterinya yang juga pelakon Amyra Rosli baru-baru ini.

Emosi Tak Terganggu

Menurut Amar, dia memaklumkan Amyra mengalami keguguran ketika minggu pertama atau kedua kehamilan.

“Selepas buat pemeriksaan, doktor kata ia normal untuk di awal kandungan, sama ada jadi atau tidak, datang bulan atau tidak, jadi benda normal.

“Amyra juga bersedia untuk itu, emosi dia juga tak terganggu.

“Jadi ketika minggu pertama kehamilan, ia sangat baru dan ketika itu adalah tempoh Amyra datang bulan,” kongsinya kepada Gempak.

Pertama Kali Gugur

Kongsi pelakon drama Berbahagi Suami itu lagi, keguguran tersebut merupakan pengalaman pertama buat Amyra.

“Ini pertama kali jadi, dia tak pernah rasa sebelum ini, dia ambil ini sebagai pengalaman.

“Sebelum ini hanya dengar orang bercerita pengalaman, tetapi sekarang dia dah merasai seperti bersalin normal, potong perut dan terbaharu keguguran.

“Saya juga cakap pada dia ini semua ketentuan Allah, kalau Dia beri atau tidak, itu semua perancanganNya,” ujarnya.

Serah Kepada Tuhan

Bapa kepada dua cahaya mata itu mengakui dia dan Amyra tidak berharap akan menimang cahaya mata namun berserah kepada Yang Maha Pemberi.

“Saya tak rasa stress atau penat jadi punca sebab Amyra tidak lagi berlakon ketika itu, jadi ketika itu dalam tempoh tenang saja.

“Kami tak mengharap pun, kalau ada, ada lah. Jika ada, baru rancang untuk karier pula seperti cuti dan rutin penjagaan anak.

“Mungkin ini masa kami bersama keluarga, tetapi kami tidaklah putus asa dan terus berusaha,” tutupnya positif.

Untuk info, drama Berbahagi Suami yang menampilkan pelakon seperti Amar Baharin, Siti Elizad, Sharifah Husna, Amy Mastura dan ramai lagi tu kini ditayangkan di Astro Prima jam 6 petang, setiap Isnin hingga Jumaat.

Drama 65 episod terbitan Radius One ini merupakan hasil sentuhan pengarah Uchee Fukada yang telah berjaya mengarahkan judul drama seperti ‘Malang Si Puteri’ (2024) dan juga ‘Dendam Seorang Isteri’ (2022).

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Rezeki Untuk Anak Ketiga, Amyra Rosli Mengalami Keguguran - “Awak Singgah Sekejap Saja”

ARTIKEL BERKAITAN: Reda Dengan Keguguran, Amyra Rosli Tiada Tekanan Nak Tambah Cahaya Mata

#pelakon #Amar Baharin #Hamil #Amyra Rosli #Keguguran #Drama #Zuriat #Berbahagi Suami
;