HIBURAN
Ambil Cuti Dua Bulan, Syafiq Farhain Sedia Berentap Di Pentas Big Stage
Penyanyi yang sedang mencipta nama, Syafiq Farhain, 24, mendedahkan dirinya telah mengambil cuti selama dua bulan dari pekerjaannya sebagai seorang anggota bomba untuk menyertai program realiti Big Stage tidak lama lagi.
Menurut anak kepada penyanyi Saleem ini, dia sudah bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran dan persaingan dalam pertandingan terbabit.
"Alhamdulillah, cuti yang saya mohon itu diluluskan dan saya tidak akan mensia-siakan peluang ini.
"Dengan menyertai pertandingan ini, saya berharap saya akan lebih dikenali dan mendapat lebih penerimaan dari peminat," kata Syafiq
Selain itu, Syafiq juga tidak akan mensia-siakan peluang untuk belajar membaiki kelemahan diri ketika menyertai pertandingan itu.
Syafiq ditemui di majlis Sidang Media Big Stage bertempat di Chamber 3, Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur pada petang semalam.
Big Stage musim pertama akan mula ditayangkan mulai 5 Ogos 2018, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Teks : Asraf Aided
Must-Watch Video