Gaya Hidup
Ambil Wuduk Dengan Air Sisa Minuman Kucing, Ini Hukumnya Dalam Islam Menurut Ustaz Azhar Idrus
"Air di dalam baldi yang diminum kucing boleh dibuat wuduk," jawab Ustaz Azhar Idrus berkaitan persoalan dalam kesucian perlaksanaan wuduk dalam kalangan umat Islam.
Berwuduk Guna Air Sisa Minuman Kucing
Memetik hadis riwayat Imam Syafie, Ustaz Azhar Idrus menyatakan bahawa air sisa yang diminum oleh haiwan selain babi dan anjing adalah suci untuk dibuat wuduk menurut Islam."Imam Syafie meriwayatkan, Nabi Muhammad SAW pernah bercerita apabila datang anjing minum air di dalam baldi, hendaklah dibuang air dan basuh baldi itu sebanyak tujuh kali dan salah satu basuhan itu adalah air tanah.
"Jikalau haiwan tersebut adalah kucing, maka air berkenaan suci dan boleh dibuat wuduk. Dari segi fekah mazhab, seluruh binatang selain babi dan anjing adalah suci belaka," jelasnya.
Seperti yang sedia maklum, Islam mengharamkan menyentuh atau memelihara haiwan seperti babi dan anjing.