Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Amir Ahnaf Pernah Jadi Mangsa Buli, Syukur Dapat Atasi Trauma - “Kalau Saya Tak Hadapi Dengan Betul…”

Mya Amri 09/08/2024 | 12:54 MYT
Pelakon, Amir Ahnaf mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli ketika belajar di sekolah berasrama penuh dulu.

Pernah jadi mangsa buli

Menurut Amir, peristiwa yang berlaku itu meninggalkan kesan mendalam sehingga membuatkan dirinya menjadi trauma.

“Sebenarnya saya juga merupakan mangsa buli, pernah dibuli dan kena raging. Apa yang saya boleh katakan, pengalaman lepas itulah yang membentuk diri saya yang sekarang ini.

“Kalau tak ada perkara yang lepas itu, mungkin sekarang saya tidak begini. Boleh bayang tak benda itu boleh meninggalkan trauma sampai sekarang,” katanya ketika ditemui Gempak.

Berjaya atasi trauma
Bagaimanapun kata Amir, dia bersyukur kerana dapat mengatasi trauma itu dan lebih mengenali diri sendiri.
“Alhamdulillah, sekarang tidak. Saya dapat atasi trauma saya dan salah satunya kita lebih mengenali diri kita sendiri.

“Mungkin ketika itu saya budak budak lagi dan masih takut takut. Kalau dibiarkan ketakutan itu kontrol diri kita, kita akan kehilangan diri sendiri dan arah tuju.

“Kalau saya sendiri orang yang pernah kena buli, tak hadapi trauma saya dengan betul, kita akan turunkan trauma kita dekat anak kita, anak kita akan turunkan pada cucu cucu kita dan genarasi generasi yang seterusnya,” jelasnya.

Mahu sebar kesedaran
Dalam pada itu, Amir juga menggunakan peranannya sebagai pelakon untuk menyebarkan kesedaran mengenai buli seperti mana wataknya dalam filem Kahar: Kapla High Council.
“Jadi kita sekarang kita mengharapkan dapat sebarkan kesedaran menerusi filem, dengan cara itulah orang akan beringat bahawa cara yang dilakukan itu salah.

“Tuhan tak ajar kita dengan keganasan. Tuhan ajar kita dengan kebaikan. Kebaikan sebenarnya adalah cara yang sangat indah.

“Salah satu cara lagi adalah kita dekat luar tegur orang dengan cara yang baik,” ujarnya.
Selain Amir, empat nama pelakon utama filem Kahar: Kapla High Council iaitu adalah Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh dan Khenobu.
Selain Amir, empat lagi pelakon utama yang membintangi filem Kahar: Kapla High Council adalah Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh dan Khenobu.
Terbaharu, Astro Shaw mendedahkan nama-nama daripada siri premium popular Project High Council yang dikembalikan untuk filem prekuel ini.
Barisan pelakon tersebut adalah Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Nadhir Nasar, Naim Daniel, Yusof Hashim (Ucop), Sathisvaran, Hushairy Hussain, Ameer Asyraf dan Hasnul Rahmat.
Skrip filem Kahar: Kapla High Council pula ditulis oleh pencipta atau ‘creator’ Project High Council, Anwari Ashraf bersama beberapa penulis lain, dan diarahkan Razaisyam Rashid.
Selain itu, pihak Astro Shaw turut mengumumkan secara rasmi rakan kerjasama iaitu HM Entertainment dan ZAK Capital.

ARTIKEL BERKAITAN:Mantap! Gambar First Look Kahar: Kapla High Council Ni Pun Dah Buat Ramai Tak Sabar Nak Tengok

ARTIKEL BERKAITAN:Astro Shaw Umum Watak Ikonik High Council Kembali Dalam Filam Kahar: Kapla High Council, Dedah First Look, Teaser Trailer & Teaser Poster

ARTIKEL BERKAITAN:Amir Ahnaf Memang Minat Dolla! Mohon Maaf Pada Angel, Tak Sangka Kehadiran Di Konsert Cetus Spekulasi - “Dah Anggap Macam Adik"

ARTIKEL BERKAITAN:Ramai Mahu Jadi Kahar Tapi Amir Ahnaf Bagi Amaran!

ARTIKEL BERKAITAN:Kahar Kapla High Council: Lepas 20 Tahun Baru Dapat Watak Anak Kelantan, Aedy Ashraf Tak Sabar Nak Jadi Beja - “Negeri Tempat Saya Dilahirkan”

Terdahulu, Astro Shaw memperkenalkan ‘Lesen High Council’ iaitu pas eksklusif untuk peminat turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan barisan pelakon.
Bagi fasa pertama, peminat berpeluang menyertai peraduan jawab 100 soalan di portal Gempak.
Hampir 2000 penyertaan diterima dan 100 nama pemenang pertama telah diumumkan.
Manakala, 10 pemenang yang menjawab paling pantas telah dipilih untuk bersama-sama menyertai acara istimewa perarakan Hari Merdeka pada 31 Ogos nanti.
Bagi mereka yang tidak berjaya memenangi Lesen High Council, berita baik untuk peminat filem ini.
Anda juga berpeluang untuk dapatkan Lesen High Council Edisi Khas menerusi rakan penaja filem ini iaitu, Tune Talk.
Nantikan kemunculan Lesen High Council Edisi Khas yang terhad ini, istimewa untuk para pengguna Tune Talk.
Untuk maklumat lanjut dan pelbagai lagi tawaran menarik, ikuti Tune Talk di media sosial atau layari laman web rasmi Tune Talk di https://www.tunetalk.com/.
Peminat juga boleh dapatkan koleksi hoodie eksklusif Kahar : Kapla High Council edisi terhad menerusi Gempak Official Store di platform Shopee bermula 8 Ogos.
Layari portal rasmi Kahar : Kapla High Council, www.gempak.com/KaharKaplaHighCouncil dan juga radio rasmi Kahar : Kapla High Council, radio no satu paling legit, Era.
Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KaharKaplaHighCouncil untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda.
SINOPSIS:
Kahar: Kapla High Council mengisahkan tentang Kahar, seorang pelajar tingkatan 4 yang pendiam dan kerap menyisihkan diri di sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT), sering berasa tertekan kerana bapanya, Dato Abu Yamin meletakkan harapan tinggi.
Berpunca dari satu insiden, tanpa sengaja Kahar terjerumus dalam ‘Pilihanraya’, di mana calon-calon dari setiap rumah asrama KUDRAT bertarung untuk menjadi Kapla, ketua kepada High Council, selaku “pemerintah” tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar.
“Pencapaian” baharu Kahar itu bagaimanapun mengundang musuh dari segala arah.
#Buli #Amir Ahnaf #Kahar #Kahar Kapla High Council
;