Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Amira Othman Masih Single, Mahu Lelaki Berjambang - “Itu Bonus Lah Untuk Saya..”

Umirah Halim 29/02/2024 | 07:00 MYT

Penyanyi, Amira Othman mengakui bahawa ada sedikit terasa hati apabila sering ditanya mengenai status percintaannya.

Penyanyi berusia 30 tahun itu berpendapat bahawa soal jodoh dan pertemuan bersama pasangan hati adalah ketentuan Tuhan dan di luar dari bidang kuasanya.

“Saya faham itu soalan-soalan lazim tambah pulak nak raya ni kan kena bersedia lah menjawab.

“Tapi saya agak terasa hati jugak la bila ada orang persoalkan kat saya nanti kahwin lambat nak beranak susah.

“Itu di luar bidang saya kadang-kadang saya taktahu nak jawab apa bila ada orang tanya.

“Tapi bagi saya bukan saya yang tulis takdir ini. Jadi kalau ada siapa yang tanya soalan seperti itu saya anggap ia hanya sekadar soalan atau gurauan sahaja.

“Umur kita bukan makin muda mestilah saya mahu seorang lelaki yang serious dan niat dia memang untuk berkahwin. Bukannya untuk sekadar mengenali bercinta 5-7 tahun saya dah tak nak lalui fasa-fasa itu.

“Tapi kalau sekarang ini status nya memang saya masih single lah,” katanya ketika ditemui Gempak.

Berita Trending: "Saya Selalu Tak Habiskan Tengok Video…" - Amira Othman

Sementara itu, apabila disoal mengenai lelaki idaman Amira turut sempat berkongsi ciri-ciri yang dimahukan.

“Saya rasa saya cari seorang yang responsible sebagai suami dan seorang yang penyabar.

“Berbanding dengan orang yang tak penyabar ni dia punya cara untuk buat keputusan itu lebih kepada emosi dan sebagainya.

“Dan kalau dia ada jambang itu bonus lah untuk saya,” katanya dengan nada seloroh.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan terkini, Amira baru sahaja melancarkan single yang berjudul Sampan Mimpi.

Untuk info, Sampan Mimpi merupakan lagu yang ditulis oleh penyanyi, Amir Jahari dan digubah oleh Ag Coco.

#Amira #Othman #Sampan Mimpi #Status Percintaan
;