Penyanyi Amira Othman meluahkan rasa sedih apabila menonton sebuah video yang memperlihatkan perjuangan seorang bayi lelaki dikenali sebagai Baby Hud yang diserang sawan sejak usia 11 hari.

BERITA TRENDING: #TMSMY4: Akui Sedikit Keliru Dengan Konsep Masked Singer, Amira Othman & Irfan Haris Tak 'Bitter' Tersingkir…

Tidak sanggup untuk terus menonton video itu, penyanyi berusia 31 tahun ini menganggap setiap orang mempunyai takdir dan ujian yang berbeza-beza.

“Saya selalu tak boleh habiskan tengok video kalau melibatkan kanak-kanak ini. Luluh hati. Sedihnya ya Allah. Begitulah hidup kita, kita semua ada takdir dan ujian yang berbeza-beza,” kongsinya.

Pada perkongsian yang sama, kakak kepada penyanyi Irfan Hariz ini juga menitipkan doa buat baby Hud atau nama penuhnya Hud Muayyad serta ibu bapa kepada bayi tersebut.

“Moga Allah angkat segala sakit baby Hud yang hebat ini dan mak ayahnya terus dikurniakan kekuatan… amin,” doa Amira.

A post shared by Ummu Adib (@itsummuadib)