Bollywood

Amitabh Bachan Sembuh COVID-19

Asraf Aided
03/08/2020
05:17 MYT
Sponsor Banner
Amitabh Bachan Sembuh COVID-19
Aktor tersohor Bollywood, Amitabh Bachchan disahkan negatif COVID-19 dan sudah dibenarkan keluar dari hospital, lapor AWANI.
Menerusi perkongsian di akaun Twitter miliknya, Amitabh memaklumkan sudah dibenarkan pulang selepas dikuarantin sebelum ini kerana disahkan positif virus berkenaan.
Menurut Amitabh, dia telah dijaga rapi oleh petugas kesihatan di Hospital Nanavati, India sehingga disahkan pulih sepenuhnya.
"Saya disahkan negatif dan sudah dibenarkan discaj. Saya kini berada di rumah untuk proses kuarantian.
"Saya juga berterima kasih atas penjagaan rapi oleh Hospital Nanavati yang membolehkan saya menyaksikan hari ini," tulisnya.
Amitabh sebelum ini disahkan positif COVID-19 bulan lalu dan dikuarantin selama tiga minggu bagi menerima rawatan.
Terdahulu, Amitabh dan anak lelakinya, Abhishek Bachchan disahkan positif dan sehari kemudian menantu dan cucunya, Aishwarya Rai dan Aaradhya juga disahkan dijangkiti virus berkenaan.
Walaubagaimanapun, Aishwarya dan Aaradhya telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital minggu lalu sementara Abhishek masih positif dan terus menerima rawatan di hospital.
BACA : Aishwarya Rai & Anak Perempuan Sembuh COVID-19
Sumber : Astro AWANI
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar