Hiburan
Ammar Tinggalkan Karier Sebagai Penyampai Radio, Mahu tumpukan Pada Apa Yang Ditinggalkan Sebelum Ini
Ammar atau nama sebenarnya Azizul Ammar Abu Hassan akhirnya menamatkan perkhidmatannya bersama stesen radio Hot FM semalam.
Ketika ditanya Gempak, Ammar mengakui amat berat untuknya meninggalkan dunia penyiaran radio.
"Namun saya ingin kerja apa yang saya sayangi selama ini. Saya mahu tumpukan kepada dunia lakonan dan pengacaraan," jelas Ammar kepada Gempak.
Pernah digantung pekerjaan selama 6 bulan kerana satu program televisyen, ianya tidak mematahkan semangat Ammar untuk kembali ke radio.
"Tetapi kini giliran saya untuk mencari semula rasa cinta saya kepada dunia lakonan dan pengacaraan.
"Insya-Allah, berkat doa semua serta kerja keras, saya akan kembali berdiri dekat kudrat yang ada," harap Ammar.
Menurut Ammar, meninggalkan pekerjaan tetap adalah satu risiko yang tinggi, tetapi dia percaya ada rezekinya di luar sana.
Ammar berkahwin dengan Amalina Jamil dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.