Hiburan
Anak Ayda Jebat Nampak Makhluk Halus, Menjerit Sambil Tunjuk Siling Tandas - “Ini Bukan Kali Pertama…”
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat berkongsi kejadian misteri dialami anak sulungnya iaitu Ana Nayla yang diganggu makhluk halus ketika sedang mandi di tandas rumah.
Dalam tandas
Menerusi perkongsian di TikTok, Ayda atau nama sebenar Nur Suhada Jebat, berkata anaknya secara tiba-tiba menjerit dan menunjukkan ke arah siling tandas pada awal pagi.
“Kejadian berlaku awal pagi, Nayla pergi tandas tiba-tiba menjerit cakap ada hantu. Selalunya dia mandi okay sahaja macam biasa.
“Dia tunjuk arah atas iaitu dekat siling tandas. Sebelum ini tak pernah dia beritahu ada apa-apa dalam tandas,” kongsinya.
Buang sampah
Dalam perkongsian sama, Ayda tidak menolak kemungkinan makhluk tersebut telah mengekori suaminya, Nabil Mahir pulang ke rumah selepas membuang sampah di sebuah kawasan.
ARTIKEL BERKAITAN: Ternampak Mahluk Halus Ketika Sedang ‘Shooting’, Wafariena Lebih Rela Berdiam Diri - “Masa Mereka Guna Darah Palsu, Benda Itu Muncul…”
ARTIKEL BERKAITAN: Merinding...Suara Zara Zya Tiba-Tiba Bertukar Jadi Garau Masa Sebut Perkataan 'Iblis'
Kata Ayda, Nabil berasa tidak sedap hati ketika membuang sampah di kawasan berkenaan.
“Malam sebelum kejadian Nabil kemas stor dan ada beberapa barang yang kami buang. Nak dijadikan cerita, Nabil pergi buang dekat satu tempat yang tak pernah kami buang.
“Masa buang sampah-sampah itu, Nabil kata dia rasa tidak sedap hati di situ. Berkemungkinan ‘benda’ (mahluk halus) ikut balik rumah,” ujarnya.
Bukan kali pertama
Dalam pada itu, penyanyi lagu Memerang berkata, ini bukan kejadian pertama kerana anaknya sebelum ini beberapa kali dikatakan pernah melihat makhluk halus ketika mereka menginap di hotel.
“Ini bukan kali pertama dia nampak, sebelum ini pernah nampak tapi dekat hotel yang kami pernah menginap.
“Ada beberapa hotel di KL yang kalau baru masuk bilik, anak saya akan berhenti dan cakap dekat ayah dia ada hantu,” katanya lagi.