Hiburan
Anak Bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah Meninggal Dunia - “Doakan Saya & Isteri Kuat Untuk Dugaan Ini”
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha memaklumkan anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees meninggal dunia.
Anak bongsu meninggal dunia
Berita sedih itu disampaikan Zaquan menerusi hantaran terbaharu di akaun Insta Story miliknya pada Selasa.
“Salam semua... Anak bongsu kami Muhammad Aisy Al Rees Mohammad Zaquan Adha telah kembali kepada penciptanya sebentar tadi.
“Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini... @ayuraudhah_7,” maklumnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Terhibur Tengok Gelagat Zaquan Adha Buat ‘Taklimat Anak Ramai’ -“Dengan Ini Saya Ingin Mengumumkan…”
ARTIKEL BERKAITAN:Baby Boy! Ayu Raudhah, Zaquan Adha Selamat Timang Cahaya Mata Ketujuh
ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Maid Hubungi Zaquan Adha, Merayu Bantu Anak Di KL - "Menangislah Air Mata Darah Sekali Pun, Saya Takkan..."
Bagaimanapun, punca pemergian anak bongsunya itu tidak didedahkan oleh Zaquan.
Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah melahirkan anak ketujuhnya itu pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.