Hiburan
Netizen Terhibur Tengok Gelagat Zaquan Adha Buat ‘Taklimat Anak Ramai’ -“Dengan Ini Saya Ingin Mengumumkan…”
Gelagat bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha bersama tujuh anaknya dengan berserta kapsyen ‘taklimat anak ramai' menghiburkan hati netizen.
BERITA BERKAITAN: Che Ta Dedah Identiti Lelaki Bawa Lari 2 ‘Maid’ Ayu Raudhah, Zaquan Adha - “Inilah Jantan H*nat yang Tak Ada Teloq…”
BERITA BERKAITAN: Ibu Maid Hubungi Zaquan Adha, Merayu Bantu Anak Di KL - "Menangislah Air Mata Darah Sekali Pun, Saya Takkan..."
Bagaimanapun, keletah si cilik anak keenam bekas pemain bola berkenaan mencuit hati netizen apabila dia enggan mendengar arahan bapanya.
"Sayang duduk… duduk, duduk sana. Pandai. Bismillahirahmanirrahim… dengan ini saya bapa kepada tujuh orang anak ingin mengumumkan bahawa kita akan pergi bercuti.
"Mak ngah nak belanja kita pergi Legoland. Tapi ada syarat. Siapa yang degil kena tinggal," kata Zaquan.
Dalam pada itu, persoalan anak sulung Zaquan iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 11, bertanyakan soalan adakah mereka sebilik atau sebaliknya mengundang usikan netizen.
Zaquan dalam nada bersahaja hanya menjawab bahawa dia dan isteri Ayu Raudhah akan sebilik.
"Ok mak ngah akan ambil dua bilik. Kamu semua dengan adik-adik akan tidur sebilik.
"Mommy dan daddy akan sebilik," katanya dalam video berkenaan.
Sementara itu menjengah ke ruangan komen pengikut _muhammad_khir123 berkata, “Nombor enam jangan bagi bawa. Tinggal je," katanya.
Manakala, rosenida pula berkata, Zaquan dan Raudhah beruntung kerana memiliki anak yang ramai.
"Meriahlah rumah anak ramai. Bestnya anak ramai," katanya.
Untuk rekod, pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011.
Enam cahaya mata hasil perkongsian hidup pasangan itu sebelum ini ialah Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan anak keenam yang berusia setahun.
Manakala tahun lalu,pasangan ini turut dikurniakan anak yang ketujuh.
Must-Watch Video