Laman Utama

Anak Dah Dapat Guru Home Schooling, Nabila Huda Pula Nak Ambil Kelas Bahasa Itali

Amri Hassan
21/01/2021
11:55 MYT
Sponsor Banner
Anak Dah Dapat Guru Home Schooling, Nabila Huda Pula Nak Ambil Kelas Bahasa Itali
Selepas tampil menyatakan pandangan terhadap pembayaran yuran sekolah penuh ketika kelas online dilaksanakan, pelakon Nabila Huda akhirnya berjaya menyelesaikan kekusutan tersebut.
BACA: “Kelas Online Tapi Kena Bayar Yuran Sekolah Full, Tak Logiklah” - Nabila Huda
Kini, Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil telah berjaya mendapatkan guru untuk anaknya, Keisha Laila belajar di rumah tanpa perlu mengikuti kelas online lagi.
"Saya sudah jumpa guru yang akan mengajar Keisha bermula hari Isnin depan.
"Lima mata pelajaran yang akan diajarnya iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Seni. Saya dapat nombor dari pengikut saya di Instagram," katanya teruja.
Dalam pada itu, Abil menyatakan hasrat untuk turut sama mengambil kelas bahasa asing bagi mengisi masa lapangnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Tiba-tiba dapat idea memandangkan PKP lama lagi, saya nak belajar bahasa asing untuk mengisi masa lapang.
"Tetapi saya nak guru yang betul-betul yang ada peperiksaan. Semua tahu bahawa saya gemarkan Itali jadi untuk yang pertama ini saya nak belajar bahasa Itali.
"Semestinya saya akan mengajak Keisha menyertai kelas itu bersama saya. Mesti seronok.
"Mana tahu selepas hilang pandemik ini kami berdua boleh bercakap beberapa bahasa asing. Sempadan buka saja kami sudah boleh cakap bahasa negara yang kami kunjungi," tambah Abil.
Dalam masa sama Abil turut mencari guru yang sesuai untuk mempelajari bahasa asing dalam tempoh terdekat.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar