Laman Utama

Anak Pandai Sebut Perkataan ‘Mama’, Emma Maembong Menangis Gembira - “Baru Faham Perasaan Mak..”

Azwa Rahman
15/10/2021
00:50 MYT
Sponsor Banner
Anak Pandai Sebut Perkataan ‘Mama’, Emma Maembong Menangis Gembira - “Baru Faham Perasaan Mak..”
Aktres jelita Emma Maembong menitiskan air mata gembira apabila anak lelakinya Shariq Gabriel sudah pandai menyebut perkataan ‘mama’ dengan sempurna.
Menurut Emma, dia juga dibuai emosi kerana anaknya yang berusia 11 bulan itu cukup menyentuh naluri keibuannya.
Menerusi laman sosial Instagram, Emma turut berkongsi sedutan video Shariq menyebut perkataan tersebut yang dirakamkan oleh pembantu rumahnya.
“Tengah kerja semalam tiba-tiba maid hantar video. First time @shariqgabriel sebut mama dengan betul. Selama ni mamama biasa je. Allah sampai nangis dengar.
“Baru faham perasaan mak excited macam mana bila anak dia mula bercakap. First baby kan, biasa la emo lebih sikit. And anak saya dah 11 bulan. Cepat je rasa dia besar,” tulis Emma di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian berdurasi lapan saat itu lagi, Shariq kelihatan sangat comel menyebut perkataan ‘mama’ sambil meniarap dan cubaan untuk merangkak.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan pujian dan teruja melihat anak lelaki Emma yang sudah pandai memanggil ibunya.
Malah, ada juga yang sudah tidak sabar melihat anak sendiri boleh menyebut perkataan ‘mama’ dengan sempurna.
Yeahh shariq dah pandai panggil mama,” komen seorang wargamaya.
Aduhh dah la hensem, comel pastu bijak pulak,” puji seorang wargamaya.
Hadiahkan maid handphone canggih sebagai menghargai jaga anak dan juga untuk rakam banyak lagi momen berharga macam ni dalam kualiti video yang lebih baik,” cadang seorang wargamaya.
Nasib maid rakam,” ujar seorang wargamaya.
I'm crying too. Baby saya baru 7 bulan. Benda ni lah paling tak sabar nak dengar,” kongsi seorang wargamaya.
Harini dia sebut mama, kalau dia sebut Emma Maembong terkejut gila. Apa pun he is so adorable,” usik seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 200,000 tontonan daripada pengikutnya.
Sekadar info, Emma mendirikan rumah tangga bersama Shazli yang merupakan seorang juruterbang, pada 20 Februari 2020.
Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki Shariq Gabriel pada 11 November 2020.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar