Berita
Anak Rita Rudaini Jadi Tumpuan Orang Arab, Selalu Dipeluk, Sampai Ada Yang Nak Beli!
Pelakon Rita Rudaini mendedahkan bahawa kedua-dua anaknya yang turut serta bersamanya di Kota Makkah bagi mengerjakan umrah baru-baru ini sering menjadi tumpuan masyarakat di sana.
Bahkan, Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mokhtar, 43, berkata, kedua-dua anaknya itu acap kali didekati lelaki Arab kerana menyangkakan bahawa mereka berketurunan Arab.
Perkara itu dikongsikan Rita menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
"Depa ramai orang suka kat sana. Paling selalu kena tangkap peluk, Arjuna. Orang arab ingat anak Arab.
"Sampai minta kat mommy nak beli. Ryan pun sama, orang tanya dia 'mak arab ke?' Jenis Arab gelap. Alhamdulillah ramai sayang dan suka depa. Ramai peminat kat sana. Ryan diminati Pakistan," tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam entri tersebut, Rita turut berkongsi rakaman video anak-anaknya didatangi lelaki-lelaki Arab untuk bergambar bersama-sama mereka.
Perkongsian itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata menyifatkan orang Arab memang cukup suka mendekati golongan kanak-kanak.
Namun, ada juga beranggapan barangkali ia merupakan cubaan untuk memenangi hati Rita.
"Arab ni memang sukakan budak-budak. Kalau perhatikan ada sahaja budak-budak lalu, depa mai peluk dan sedekah duit.
"Suka kat mak dia sebenarnya, ambik hti anak dulu cewahh,
"Saje la tu sebab tengok mak dia lawa..hehe," tulis sebahagian netizen.
Rita dan dua anaknya, Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8, berlepas mengerjakan ibadah umrah pada 12 Disember lalu.
Ia merupakan kali ketiga Rita mengerjakan umrah.