Hiburan

"Anak? Saya Serahkan Kepada Allah" - Anis Al-Idrus

Kamaruddin Razal
19/04/2018
11:42 MYT
Sponsor Banner
"Anak? Saya Serahkan Kepada Allah" - Anis Al-Idrus
Sembilan bulan melayari bahtera perkahwinan, kehidupan aktres Anis Al-Idrus dan suami, Aiman Rafzan semakin bahagia.
Masih belum ada tanda-tanda kehamilan, Anis menyerahkan perkara tersebut kepada ketentuan takdir.
"Mengenai perkara itu, saya serahkan kepada Allah. Kalau ada tu, adalah tetapi jika tiada lagi buat masa ini, kami menanti. Keluarga juga tak bertanya dan menyerahkan segala urusan kepada kami," kata Anis.
Dalam pada itu, Anis juga membahagikan masa antara kerjayanya dan keluarga.
"Kadang-kadang saya sibuk dengan kerjaya, suami juga sama. Jika saya tak sempat balik ke rumah, suami akan makan malam sendirian sahaja.
"Kalau boleh, waktu sarapan itu menjadi rutin wajib untuk kami makan bersama sebelum masing-masing bekerja. Saya dan suami juga akan pastikan kami dapat menghabiskan masa pada hujung minggu," kata Anis lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Anis kini muncul dengan single yang berjudul Tak Guna.
Sumber: HLive Susunan oleh: Kamaruddin Razal Foto: Instagram Anis
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024