Viral

Kapal Terbang Bawa 176 Penumpang Terbakar Di Busan

Gempak
29/01/2025
18:30 MYT
Sponsor Banner
Kapal Terbang Bawa 176 Penumpang Terbakar Di Busan
Kebakaran melibatkan sebuah pesawat Air Busan pada Selasa menyebabkan empat orang cedera semasa keluar daripada jet penumpang itu, lapor Agensi Berita Yonhap.

BERITA TRENDING: Tindakan Frontier Berkelakuan Kasar Terhadap Khabib Makan Diri

BERITA TRENDING: Dua Maut Pesawat Ringan Terhempas Di UAE

Menurut pihak bomba, pesawat Airbus A321-200 yang dijadualkan berlepas ke Hong Kong dari Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan, kira-kira 320 kilometer ke tenggara Seoul, terbakar di bahagian ekor sebelum berlepas sekitar 10.26 malam (waktu tempatan).
Kesemua 176 penumpang, enam kru dan seorang pekerja penyelenggaraan di dalam pesawat itu berjaya dibawa keluar menggunakan gelongsor berisi udara.
Pasukan bomba tiba di lokasi pada 10.34 malam (waktu tempatan) dan berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran pada 11.31 malam.
Pada awalnya, tiada kecederaan dilaporkan, namun bomba kemudian mengesahkan empat individu mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa semasa dibawa keluar, dengan dua daripada mereka menerima rawatan di hospital berhampiran.

BERITA TRENDING: 28 Maut Pesawat Jeju Air Terhempas

Walaupun kebakaran bermula di bahagian ekor pesawat, api dilaporkan merebak ke bahagian badan pesawat.
Punca kebakaran belum dapat dipastikan. Air Busan tidak pernah melaporkan sebarang kemalangan dalam tempoh lebih sedekad. -- BERNAMA
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024