Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Anak Sulung Aliff Aziz, Bella Astillah Tunjuk Power Menyanyi! Ayden Adrean Dapat Sorakan Ramai

Amri Hassan 12/05/2024 | 00:36 MYT

Bersahaja, putera sulung pasangan selebriti sensasi Aliff Aziz dan Bella Astillah iaitu Ayden Adrean tampil mempamerkan bakat nyanyiannya ketika rumah terbuka penerbit filem D'Ayu Pictures pada Sabtu.

Ayden yang baru berusia tujuh tahun itu menyanyikan lagu Suasana Hari Raya bersama ibunya, Bella Astillah tanpa segan silu.
Malah, Ayden mendapat tepukan gemuruh dan meriah sorakan daripada tetamu yang hadir di perkarangan kediaman Datuk Rosmarayu Mokhtar.

BERITA TRENDING: Bella Astillah Menangis Dengar Ucapan Hari Ibu Anak - “Ayden Janji Tak Akan Buat Mommy Sedih”

Pertama kali

Biarpun ibunya kerap diundang mengadakan persembahan, difahamkan ini kali pertama mereka berpadu suara di majlis rumah terbuka.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 33, sebelum itu membawakan dua lagu termasuk Kisah Sempurna (nyanyian asal Mahalini).
Terdahulu, Bella hadir ke majlis terbabit bersama Ayden dan anak keduanya, Ara Adreanna, 4, dengan ditemani ibu serta adiknya, Didi Astillah.
Nama Bella menjadi sebutan berikutan kemelut tangganya dengan Aliff Aziz yang kembali bergolak selepas suaminya ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies pada Mac lalu.
Walau berdepan kontroversi, rezeki berpihak kepada penyanyi dan pelakon jelita itu apabila kerap diundang menyerikan majlis selain dilantik sebagai duta produk.
Malah, difahamkan Bella bakal melancarkan single terbaharu ciptaan Sharon Paul dan lirik tulisannya sendiri pada bulan hadapan.
#Viral #Anak #Aliff Aziz #Bella Astillah #Menyanyi #Ayden Adrean
;