Laman Utama
Anak Tegur Sikap Buruk Heidi Klum Sering Berbogel Di Rumah
Supermodel Heidi Klum membuat pengakuan dirinya berasa sangat selesa tanpa memakai seurat benang atau berbogel sewaktu di rumah.
Perbuatan itu malah dilakukan saat anggota keluarga wanita berusia 50 tahun tersebut berada di rumah.
Kerana sikap yang dianggap kurang sopan itu, Klum mengatakan keempat-empat anaknya sering menegur dan meminta dia memakai baju, bukan hanya berbogel.
Namun juri American Got Talents itu mempunyai alasan tersendiri mengapa dia selesa berbogel.
“Saya rasa sangat selesa berbogel dan saya lakukan itu di rumah. Tapi anak-anak rasa kurang selesa terutama jika ada tetamu datang dan meminta saya untuk memakai baju.
“Sebenarnya alasan utama saya suka berbogel adalah tidak mahu ada kulit saya mempunyai belang atau kesan warna tidak sama kerana saya sering mengayakan pelbagai fesyen,” ujar Klum seperti dilaporkan media antarabangsa.
Malah meski ditegur oleh anak-anaknya, Klum mengaku dia masih berbogel di rumah.
“Saya tetap bogel dan hanya memakai baju apabila ada tetamu datang,” katanya.