gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Bilik Bersepah Dipercayai Punca Rakan Serumah Maut Ditikam
VIRAL
“Depa Pun Cakap Kasaq Tapi…” - Netizen Puji Cara Adik-Beradik Melvin Tutur Dalam Loghat Utara
HIBURAN
Syed Saddiq Mohon Waktu Berehat Bersama Keluarga Selepas Dilepaskan Atas Empat Pertuduhan - “Lima Tahun Difitnah, Diuji, Dihina…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Tak Mainlah Beshe-Beshe, Heidi Klum Jadi Cacing Dalam Pesta Halloween

Maliah Surip
Maliah Surip
03/11/2022
05:55 MYT
Sponsor Banner
Tak Mainlah Beshe-Beshe, Heidi Klum Jadi Cacing Dalam Pesta Halloween
Supermodel Heidi Klum memang sangat terkenal sebagai salah seorang selebriti Hollywood yang akan menganjurkan pesta Halloween pada setiap tahun.
Klum disifatkan sebagai salah seorang penganjur pesta ‘hantu’ terbaik dan tidak pernah gagal menarik perhatian terutama paparazi dalam setiap pemilihan kostumnya.
Setelah dua tahun tidak dapat melakukan pesta, Klum muncul dengan idea yang di luar kotak.
Klum telah merubah penampilannya bukan menjadi hantu atau karakter berpengaruh lainnya.
Sebaliknya, Klum merubah dirinya menjadi seekor cacing! Dia membalut dirinya dalam ‘karung’ cacing yang cukup kelihatan sempurna dan hanya terlihat mata, hidung serta mulutnya sahaja.
Dalam temubual bersama ENews, Klum mengaku telah mempunyai perancangan menjadi cacing sejak dua tahun lalu.
“Saya telah memikirkan idea ini sejak dua tahun lalu. Dan saya suka mencuba sesuatu yang baharu, lain malah ‘gila’ dan tidak terbayangkan oleh orang lain. Tapi dalam masa yang sama, ia sangat dikenali,” ujar Klum.
Menurutnya, kostum cacing tersebut dilaksanakan dengan rapi bersama para tim jurusolek Mike Marino yang sangat pakar dalam pembuatan special effects.
“Kerana ini Halloween, ia mesti ada faktor mengerikan dan menjijikkan,” katanya lagi mengenai pemilihan menjadi cacing.
Sementara itu, suaminya, Tom Kaulitz dilihat memakai kostum pemancing dan Klum sebagai cacing adalah ‘umpannya’.
“Sebab sudah lama kita tidak berpesta, jadi saya mahukan sesuatu yang sangat ajaib tahun ini,” luahnya.
Topic Berkaitan
#Heidi Klum
#Viral
#Hollywood
#Cacing
#Halloween
#Pesta
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement