Laman Utama

Anak Terima Cyber Buli Kerana Kepala Besar, Paris Hilton: “Ada Banyak Manusia Kejam”

Maliah Surip
25/10/2023
14:46 MYT
Sponsor Banner
Anak Terima Cyber Buli Kerana Kepala Besar, Paris Hilton: “Ada Banyak Manusia Kejam”
Paris Hilton, 42, akhirnya bersuara selepas tidak tahan menerima kata-kata negatif terhadap fizikal anak lelakinya yang baru berusia sembilan bulan, Phoenix.
Sebaik selebriti tersebut berkongsi foto Phoenix baru-baru ini, netizen mula memperkata dan mempersenda bentuk kepala anaknya yang disifatkan terlalu besar serta mungkin mengalami masalah kesihatan.
Salah seorang peminat bertanya adakah anaknya mengalami masalah encephalitis. Encephalitis adalah satu proses inflammasi yang melibatkan tisu otak, yang menyebabkan kegagalan fungsi otak.
Hilton menerusi perkongsian di Insta Story mengaku sedih melihat mentaliti dan banyak komen mempersendakan fizikal anaknya yang ditinggalkan pengguna media sosial.
“Hidup dalam dunia glamor, menerima komen yang tidak diundang itu perkara biasa. Tapi apabila menyerang anak saya, itu sangat tidak boleh diterima,” tulisnya seperti dilaporkan Fox News.
Dia kemudian melanjutkan: “Ini sangat menghancurkan hati saya. Saya bekerja dalam suasana yang mementingkan tentang kasih sayang, hormat dan menerima lalu saya mengharapkan perkara yang sama daripada semua.
“Jika saya tidak berkongsi wajah anak, orang akan fikir saya bukan ibu yang baik dan apabila saya terbuka, ada banyak manusia yang jahat dan kejam.”
Hilton juga menulis keinginan menjadi ibu adalah impian sejak dulu.
“Phoenix adalah dunia saya dan anugerah terhebat yang ada dalam hidup saya. Setiap masa bersamanya adalah satu kebahagiaan.
“Adalah sukar untuk menerima sikap manusia yang menjadikan anak kecil sebagai sasaran. Saya harap kita boleh menjadi manusia baik dan mempunyai empati terhadap orang lain,” ujarnya lagi.
Hilton dan suami, Carter Reum menerima kelahiran anak sulung mereka pada Januari lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar