• Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Login
  • Login
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Edisi Siasat Sudah Tidak Boleh Diakses
GAYA HIDUP
Redmi Note 14 Pro 5G BamBam Limited Edition Kini Di Malaysia, Hadir Dengan Warna Eksklusif & Tandatangan BamBam!
HIBURAN
Ridzokumura Sebak Lihat Anak Dah Pandai Berdikari, Dalami Ilmu Agama - “Sky Kata Kalau Tinggal Solat Rugi, Dia Tak Dapat Doa Untuk Arwah Mummy”
  • TERMS
  • PRIVACY

Copyright © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Ditanya Tentang Pertuturan, Andika Putera Tak Sentap, Mengaku Pelat R & S - “Tak Pernah Kisah Pun Apa Orang Nak Kata”

Mya Amri
19/01/2025
07:55 MYT
Sponsor Banner
Ditanya Tentang Pertuturan, Andika Putera Tak Sentap, Mengaku Pelat R & S - “Tak Pernah Kisah Pun Apa Orang Nak Kata”
Personaliti media sosial sensasi, Andika Putera tidak berkecil hati apabila ada yang bertanyakan mengenai pertuturannya.

Memang pelat R dan S sejak kecil

Andika menjawab persoalan itu menerusi Instagram Story selepas ditanya sendiri oleh pengikutnya.
Malah, Andika juga tidak malu mengaku dia mempunyai masalah untuk menyebut huruf R dan S dengan sempurna.

“Ya saya memang pelat, R, S, kalau cakap laju laju memang dengar lagi pelat, sejak kecil lagi, namun saya tak pernah nak kisah pun apa yang orang nak katakan.

“Sejak kecil pun saya mengajar orang matematik, add math dan sebagainya, kawan kawan saya walaupun macam kurang jelas, tapi Insya-Allah sampai,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Itu Wife Saya, Suka Hati Nak Reveal Atau Tidak” - Andika Putera Ada Sebab Tak Dedah Wajah Isteri

ARTIKEL BERKAITAN:Andika Putera Turun 23 Kg, Tegangkan Kulit & Serlahkan Jawline - "Insya-Allah Wajah Akan Kelihatan Seperti Gaya Old Money"

ARTIKEL BERKAITAN:Tampilkan Gaya Old Money, Andika Putera Dikecam Netizen - “Tak Nampak Old Money . Tapi Nampak Funny”

ARTIKEL BERKAITAN:Kecoh Hal Rumah Tangga, Andika Putera Mohon Maaf - “Saya Perlu Berhati-Hati Lepas Ni”

Pelat bukan halangan untuk berjaya

Dalam pada itu, Andika berkata dia tidak menganggap perkara itu sebagai satu halangan untuk dirinya terus maju ke hadapan.
“Saya tak mengambil benda ini sebagai satu halangan untuk saya tidak bercakap atau pun membuat konten, live, bagi ucapan.

“Sebab tiada kesempurnaan di mata manusia, tak akan pernah sempurna. Cakaplah tak pelat ke apa ke, percayalah manusia akan sentiasa cari lompong yang ada dekat manusia tersebut. “Sebab itu apa yang Allah buat pada diri kita ini adalah sempurna pada sudut Allah,” jelasnya.

Sebelum ini nama Andika hangat diperkatakan netizen selepas dia menubuhkan sebuah kumpulan yang digelar sebagai Old Money.
Related Topics
#Andika Putera
#Pelat
#Bertutur
Must-Watch Video