"Anda Berdua Legenda" - Nicol David Titip Kata-Kata Semangat Buat Pearly-Thinaah
Datuk Nicol Ann David menyifatkan Pearly Tan-M Thinaah sebagai legenda walaupun pasangan beregu wanita badminton negara itu tidak berjaya memenangi sebarang pingat pada Temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Titip Kata-Kata Semangat
Timbalan Chef de Mission Kontinjen Malaysia ke Olimpik Paris 2024 itu dalam kenyataan di laman sosialnya, menzahirkan kata-kata semangat dan penghargaan buat dua pemain profesional negara itu yang telah berjuang berhabis-habisan untuk mengharumkan nama Malaysia.
"Saya melihatnya dalam mata anda ketika perlawanan berakhir, dan saya mengenali perasaan pilu itu. Ia adalah kesakitan yang sukar untuk dilepaskan.
"Ketika perlawanan berakhir, anda berdua melintasi gelanggang dan memeluk lawan anda dengan kasih sayang dan kebaikan. Tindakan itu sangat bermakna—ia penuh dengan keagungan, kerendahan hati, serta keindahan.
BERITA TRENDING:Didakwa Sebagai Lelaki, Bapa Petinju Wanita Kontroversi Imane Khelif Beri Kenyataan
BERITA TRENDING:Olimpik Paris 2024: Imane Khelif Laung Allahu Akbar Selepas Layak Ke Separuh Akhir – “Saya Seorang Wanita Dan Akan Kekal Sebagai Wanita”
BERITA TRENDING:Olimpik Paris 2024: Indahnya! Lepas Menang Emas, Pemain Badminton Ini Dilamar Kekasihnya Dengan Sebentuk Cincin Berlian – “Saya Terkejut”
BERITA TRENDING:Olimpik Paris 2024: Shooter Korea, Kim Yeji Digelar Kang Cheol Versi Wanita - “Swag! Teringat K-Drama W Two Worlds”
Juara dunia skuasy lapan kali itu turut berterima kasih kepada Pearly-Thinaah kerana membawa begitu banyak kebahagiaan sepanjang menonton perlawanan mereka pada minggu ini.