Hiburan
“Anda Tak Perlu Buat Pengumuman Bila Rasa Nak Unfollow Me” - Zarina Anjoulie
Pelakon Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa sebagai Anju berkata laman Instagram miliknya bukan lapangan terbang yang memerlukan membuat pengumuman sekiranya ada netizen mahu berhenti mengikutnya.
Tak perlu umum
Zarina menerusi laman Instagram pada Jumaat memberitahu tiada keperluaan netizen untuk beritahu yang mereka mahu berhenti mengikutinya.
“Honey, Ini merupakan laman Instagram saya, bukan lapangan terbang. Anda tak perlu buat pengumuman apabila anda berasa perlu untuk berhenti mengikut saya. Lakukan saja. Terima kasih,” katanya.
Rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan Zarina malah ada antara mereka yang beranggapan netizen sengaja berkata begitu namun tidak melakukannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Suka Hidung Lama, Kurang Selesa Bab Tayang Pembedahan, Anju Mohon Maaf - “Itu Tajaan, Tolong Faham Ini Punca Rezeki Saya”
ARTIKEL BERKAITAN: Dedah Diri 'Buat Muka', Zarina Anjoulie Minta Orang Ramai Doakan Fatiya Latiff - "Doa Yang Baik-Baik"
ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish Anggap Luahan Anju Rindukan Nedim Sebagai Sahabat - “Mereka Kawan Lama, Dah Macam Best Buddy"
“Ntahnya. Nak announce kenapanya? Nak unfollow buat sajalah. Your rights kan?
“Nak unfollow, block buat saja la. Yih kita pun tak perasan pun siapa dia.
“Dia cakap saja nak unfollow… padahal masih dalam list followers lagi. Saja bikin gempak,” komen beberapa netizen.