Laman Utama

Angeline Tan Tenang Di Tanah Suci - “Semoga Allah Makbulkan Semua Doa…”

Mya Amri
12/12/2023
03:55 MYT
Sponsor Banner
Angeline Tan Tenang Di Tanah Suci - “Semoga Allah Makbulkan Semua Doa…”
Pelakon, Angeline Tan melahirkan rasa syukur dapat menjejakkan kaki di Tanah Suci untuk menunaikan umrah buat pertama kali.
Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya berkongsi beberapa foto sepanjang berada di Tanah Suci.
“Walaupun di sini 24 jam penuh dengan ramai orang tetapi suasana sangat bersih dan tenang,” tulisnya.
Dalam pada itu, bintang sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu juga berjanji akan cuba membaca segala doa yang dikirimkan kepadanya.
“Ramai yang kirim doa pada Angeline. Family, kawan-kawan, sahabat-sahabat artis, team crew yang sama-sama berjuang, kawan yang dalam IG dan lain-lain lagi.
“Angeline janji... Angeline akan doa dan minta dengan Allah yang Maha Kuasa. Insya-Allah… Semoga semua sahabat sentiasa dilindungi dan akan dijemput menjadi tetamu Allah.
“Semoga Allah akan makbulkan semua doa dan permintaan Angeline,” tulisnya.

PILIHAN PEMBACA: "Saya Kini Tenang, Rasa Bahagia & Gembira" - Angeline Tan

Angeline ke Tanah Suci ditemani suami tercinta, Sabri Yunus, 65.
Terdahulu, Angeline memeluk Islam pada 26 September lalu dan selamat bernikah dengan Sabri di Perlis pada 14 Oktober lalu.
Sabri yang dikenali dengan watak Wan Ismail Golok dan Pak Ya Concodei sudah 16 tahun bergelar duda selepas kematian isterinya, Norraya Mohd Yusof akibat penyakit kanser.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar