Laman Utama

"Saya Kini Tenang, Rasa Bahagia & Gembira" - Angeline Tan

gempak
Gempak
15/10/2023
06:55 MYT
Sponsor Banner
"Saya Kini Tenang, Rasa Bahagia & Gembira" - Angeline Tan
Pelakon Angeline Tan, 56, bersyukur kini bergelar isteri kepada pelakon dan pengarah berkaliber, Sabri Yunus, 62, sekali gus berstatus Muslim selepas menjalin persahabatan baik selama 35 tahun.
Angeline atau nama Islamnya, Ardini berkata, dia sekarang berasa tenang dan bahagia kerana segala urusan perkahwinan itu berjalan lancar serta dikurniakan seorang suami yang sangat baik dan penyayang.
"Alhamdulillah, syukur kepada Allah di atas kurniaan-Nya kepada saya dan suami. Saya kini tenang, rasa bahagia dan gembira. Saya juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebaikan buat kami dan hanya Allah yang membalasnya.
"Saya juga amat terharu dengan komen-komen baik dan positif daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat kerana apa yang berlaku adalah aturan takdir saya dan suami yang sudah ditetapkan Allah," katanya kepada Harian Metro.
Angeline yang lebih dikenali dengan watak Lucy dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu juga menjelaskan dia juga baharu dua minggu bergelar Muslim sebagaimana dimaklumkan suaminya, Sabri iaitu pada 26 September lalu.
Semalam, pasangan Sabri dan Angeline selamat bernikah di dalam sebuah majlis tertutup di Musalla Teduhan Doa, Kangar, Perlis jam 10.30 pagi.
Mereka dinikahkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan disaksikan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.
Terdahulu, Sabri yang dikenali dengan watak Wan Ismail Golok dan Pak Ya Concodei sudah 16 tahun bergelar duda selepas kematian isterinya, Norraya Mohd Yusof akibat penyakit kanser. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live