Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Anggap Shuib Suami Yang Hebat, Watie Hanifiah Pernah Jadi Seperti Netizen - “Kita Tak Ada Dalam Dunia Mereka…”

Asyikin Mayudin 15/11/2024 | 06:25 MYT
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu usahawan Watie Hanifiah mengakui dia juga pernah menjadi seperti netizen yang akan menilai kehidupan selenbriti dengan hanya membaca berita yang dilaporkan.

Faham kehidupan selebriti

Menerusi perkongsian di Intastory, Watie bagaimanapun mula memahami kehidupan sebenar selebriti tidak seperti yang difikirkan sebelum ini.

“Dulu masa zaman saya jadi nurtizen, tak tahu dunia artis, tak tahu dunia media portal ini semua, saya pun macam korang. Bila baca segala cerita portal, kita mulalah judge itu ini.

“Tapi bila Allah bagi saya kehidupan yang ada kaitan dengan dunia yang segala benda akan jadi tajuk utama, baru saya faham. Tak semua cerita yang menjadi tajuk utama adalah benar.

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal Bayar Cukai Perkhidmatan RM1.6 Juta, Shuib & Pengarah Bubblebee Didakwa 6 Pertuduhan

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib Didakwa Tunai Haji Guna Duit Pekerja, Watie Tampil Perjelas Hal Sebenar - “Dia Bertahun Tak Ambil Gaji…”

“Kita tak ada dalam dunia mereka, kita tak ada dalam kehidupan mereka, jadi kita takkan pernah tahu cerita sebenar mereka,” kongsinya.

Kesan kepada emosi

Pada perkongsian yang sama, Watie yang juga seorang usahawan berkata kritikan, kutukan dan fitnah yang dilemparkan memberi kesan kepada emosi seseorang.

“Tapi pernah tak kita fikir, kita hentam mereka, kita kutuk mereka, kita fitnah mereka, apa effect yang kita dah bagi pada mereka? Emosi mereka? Dan kita? Tanpa sedar mengumpul dosa setiap hari,” ujarnya.

Dalam pada itu, Watie turut menganggap suaminya itu seorang yang hebat memandangkan pelawak itu sedang berdepan dengan ujian.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Borong’ Minyak Wangi Di Makkah & Madinah, Shuib Belikan 2 Bagasi Untuk Watie Hanifiah - “Daddy Sokong Betul Bini Dia…”

​ARTIKEL BERKAITAN: Imbau Momen Bersama Arwah Siti Sarah Di Tanah Suci, Shuib ‘Create’ Semula Foto Dengan Watie Hanifiah - “Tempat Yang Sama, Kisah Yang Berbeza”

“Ujian yang hebat untuk orang yang hebat, jadi suami saya orang yang hebat la kan. Alhamdulillah,” ujarnya.

Terdahulu, Shuib meluahkan rasa kesal apabila seorang warganet mendakwa dia menggunakan duit caruman perkerja untuk menunaikan umrah.

Difahamkan komen tersebut berkait dengan laporan berita tentang syarikat perniagaan milik Shuib, yang dikenakan tindakan denda tersebut oleh Mahkamah Majistret Shah Alam berikutan tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman PERKESO tahun lalu.

#Netizen #Shuib #Watie Hanifiah #Suami hebat #Watie netizen
;