Hiburan
‘Borong’ Minyak Wangi Di Makkah & Madinah, Shuib Belikan 2 Bagasi Untuk Watie Hanifiah - “Daddy Sokong Betul Bini Dia…”
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah terharu apabila suaminya membelikan dua bagasi baharu supaya memudahkannya menyimpan minyak wangi yang dibeli di Makkah dan Madinah untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Rakan kirim
Biarpun sudah membawa enam bagasi, Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkata, minyak wangi tersebut sudah dikirim oleh beberapa rakannya di Tanah Air.
"Tengoklah daddy (Shuib), belikan saya dua lagi luggage untuk saya letak minyak yang dibeli. Padahal ke sini (Makkah) dah bawa enam luggage.
"Daddy sokong betul bini dia jual minyak wangi. Luggage ini dia beli ini besar betul. Demi minyak wangi dia tambah lagi dua.
ARTIKEL BERKAITAN: Imbau Momen Bersama Arwah Siti Sarah Di Tanah Suci, Shuib ‘Create’ Semula Foto Dengan Watie Hanifiah - “Tempat Yang Sama, Kisah Yang Berbeza”
ARTIKEL BERKAITAN: Shuib Bawa Keluarga Tunai Umrah, Mohon Maaf Atas Kekhilafan - "Saya Hanya Manusia Biasa Yang Tidak Terlepas Dari Dosa"
ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Tips Berumah Tangga Dengan Lelaki Duda, Watie Hanifiah Kata Isteri Perlu Ada Pemikiran Positif - “Kena Tahu Dulu Apa Yang Kita…”
ARTIKEL BERKAITAN: Watie Bersyukur Shuib Tambah Duit Nafkah Lepas Kes Fattah-Fazura - “Walaupun Bini Tak Pernah Mengadu…”
"Harap-harap minyak wangi yang saya beli ini selamat sampai ke Malaysia dan kepada tangan tuan-tuanya, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.
Borong minyak wangi
Dalam pada itu, Watie yang juga seorang usahawan memberitahu dia sudah 'memborong' berpuluh minyak wangi sepanjang berada di Makkah dan Madinah.
"Minyak wangi yang beli di Makkah sudah disusun dalam bagasi, ini ada lagi yang baru beli di Madinah. Total yang saya beli ada dekat 60 botol,” ujarnya.
Sekadar info, Shuib dan Watie bersama tiga anak mereka ketika ini sedang mengerjakan ibadah Umrah di Tanah Suci.
Must-Watch Video