• Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Login
  • Login
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Kalau Saya Di Tempat Mereka, Belum Tentu Saya Boleh ..." - Amaris
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Sering Dianggap Peserta ‘Underdog’, Aliff Amie Buktikan Diri Mampu Ke Pentas Akhir - “Kalau Dah Tertulis…”
HIBURAN
Ella, Mimi Fly, SonaOne & Barisan Artis Hebat Meriahkan Showcase 'Hello Inilah KITA' Malam Ini Di Pavilion KL
  • TERMS
  • PRIVACY

Copyright © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Ani Mayuni Rindu Arwah Ibu, Bapa… Kini Menumpang Kasih Dengan Ibu Mentua

Izwan Isa
Izwan Isa
02/05/2022
01:50 MYT
Sponsor Banner
Ani Mayuni Rindu Arwah Ibu, Bapa… Kini Menumpang Kasih Dengan Ibu Mentua
Penyanyi Ani Mayuni melahirkan rasa sayu apabila mengenangkan kedua ibu bapanya yang telah lama pergi menghadap Illahi.
Menurut Ani, selama memendam perasaan rindu selepas ketiadaan orang tuan, dia hanya menumpang kasih dengan ibu mentua yang disayangi.
“Saya sudah lama ketiadaan ibu dan ayah. Justeru, dah lama tak bergaduh dengan suami nak balik mana setiap kali tibanya hari raya.
“Kini, saya cuma ada ibu mentua sahaja untuk menumpang kasih,” katanya kepada Gempak.
Ani atau nama sebenarnya, Aishah An-Nur Osman itu turut memberitahu, hal yang paling dirindukan tentulah memeluk dan mencium kedua orang tuanya pada pagi raya.
“Tanyalah sesiapa sahaja, kalau tiba sahaja Hari Raya Aidilfitri, pasti akan ada peluk dan cium dengan ibu dan bapa. Tapi saya dah tak boleh buat sebab ibu dan ayah dah tiada.
“Rasa sedih… Terutama apabbila tengok orang lain masih ada ibu bapa, saya jadi cemburu. Sebab perkara itu akan membuatkan saya jadi sensitif,” katanya lagi.
Dalam masa sama, penyanyi berusia 44 tahun itu menasihati peminat dan orang ramai yang masih mempunyai ibu bapa supaya memanfaatkan masa yang ada bersama ibu bapa selagi hayat dikandung badan.
“Bagi mereka yang masih ada ibu bapa, ambil masa sebaik mungkin selagi mereka masih ada. Rasai kemanisan bersama orang tua dan janganlah susahkan hati mereka,” katanya.
Related Topics
#Ani Mayuni
#Ibu Bapa
#Orang Tua
#Ibu Mentua
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement