gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Fasha Sandha Tak Kecil Hati Orang Tak Kenal - "Saya Tak Letakkan Diri Sebagai Selebriti"
HIBURAN
"Kalau Saya Di Tempat Mereka, Belum Tentu Saya Boleh ..." - Amaris
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Sering Dianggap Peserta ‘Underdog’, Aliff Amie Buktikan Diri Mampu Ke Pentas Akhir - “Kalau Dah Tertulis…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Ella, Mimi Fly, SonaOne & Barisan Artis Hebat Meriahkan Showcase 'Hello Inilah KITA' Malam Ini Di Pavilion KL

Amri Hassan
Amri Hassan
07/08/2025
04:03 MYT
Sponsor Banner
Ella, Mimi Fly, SonaOne & Barisan Artis Hebat Meriahkan Showcase 'Hello Inilah KITA' Malam Ini Di Pavilion KL
Sempena sambutan ASTRO MERDEKA 2025, tema “Inilah KITA, Sehati Bersama” diangkat sebagai penghormatan kepada semangat perpaduan rakyat Malaysia, yang diraikan melalui platform seni dan hiburan.
Kemuncak sambutan ini diterjemahkan menerusi acara Hello Inilah KITA Showcase yang bakal berlangsung pada malam ini, 7 Ogos 2025, bertempat di Pavilion Kuala Lumpur, bermula jam 7.45 malam.
Acara istimewa ini menyatukan barisan artis terkenal tanah air yang akan menghidupkan pentas dengan persembahan bertenaga dan penuh makna.
Antaranya termasuk Ella, Mimi Fly, SonaOne, Alpha, Lucidrari, Amir Ahnaf, Santesh, Wani Kayrie dan Geraldine Gan.
Meneruskan naratif “Inilah KITA” yang diperkenalkan tahun-tahun sebelum ini, tema “Sehati Bersama” tahun ini membawa mesej yang lebih mendalam: menyatukan rakyat Malaysia melalui kisah-kisah kebersamaan yang berlaku dalam kehidupan seharian.
Sama ada ketika berkongsi juadah, meraikan perbezaan kepercayaan dengan ruang ibadat yang inklusif, mahupun dalam kolaborasi kreatif merentas budaya, semuanya menjadi inspirasi kepada kempen ini.
Ia mengingatkan kita bahawa perpaduan bukan sekadar slogan, tetapi wujud dalam momen-momen kecil yang menghubungkan hati.
Menambah kemeriahan, mural digital khas bertemakan “Inilah Kita, Sehati Bersama” akan dipaparkan di skrin utama Pavilion Kuala Lumpur, membawa mesej perpaduan dalam bentuk visual yang segar, artistik dan relevan dengan generasi kini.
Visual ini dijangka menjadi tumpuan pengunjung serta ruang bergambar ikonik bagi mereka yang hadir.
Acara akan dikendalikan oleh dua hos popular, Daniel Cheang dan Ily Ruzanna, yang bakal menyemarakkan malam penuh semangat ini dengan gaya penyampaian ceria dan bersahaja, menyatukan audiens dari pelbagai lapisan masyarakat.
Inilah suara kita. Inilah semangat kita. Inilah KITA.
Topic Berkaitan
#Ella
#Sona One
#Merdeka
#Kempen
#Mimifly
#Inilah Kita
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement