Hollywood
Anne Hathaway Jijik Cium Mulut 10 Pelakon Lelaki Waktu Uji Bakat Untuk 1 Watak
Aktres Anne Hathaway mendedahkan pernah melalui fasa kurang disenangi sewaktu awal pembabitannya sebagai pelakon.
Terpaksa
Bintang yang cukup terkenal menerusi filem The Devil Wears Prada itu mengaku terpaksa melakukan aksi cium dengan 10 orang pelakon lelaki pada satu sesi uji bakat demi mendapatkan peranan dalam sebuah naskhah.
Sebagai pendatang baharu, Hathaway melakukan permintaan tersebut (cium mulut) kerana tidak mahu dianggap ‘sukar’. Namun jauh di sudut hati dia berasa jijik melakukan aksi tersebut.
“Pada tahun 2000 dahulu, ini yang terjadi kepada saya. Adalah normal untuk meminta pelakon melakukan uji bakat (termasuk cium) untuk mencari chemistry,” ujar Hathaway seperti dilaporkan DailyMail.uk.
Jijik
Aktres berusia 41 tahun tersebut membuat pendedahan sewaktu ditemu bual majalah V.
Dia antaranya mengatakan: “Saya ditanya ‘kita ada 10 pelakon lelaki untuk uji bakat hari ini. Adakah anda teruja untuk bercium dengan mereka?’
“Sejujurnya saya tidak teruja langsung. Saya rasa ia jijik.”
Namun dia tiada pilihan untuk menolak pada waktu itu.
“Saya tidak mempunyai kuasa untuk menolak pada waktu itu. Malah saya juga tidak dikasari. Cuma saya rasa waktu itu sangat sukar buat saya.
“Berbeza sekarang kerana semuanya lebih baik,” akui Hathaway.