Laman Utama
Rupa Rupanya Anne Hathaway Bukan Pilihan Pertama Atau Ketujuh Di The Devil Wears Prada
Filem The Devil Wears Prada yang cukup popular pada tahun 2006 ternyata masih menyimpan rahsia tersendiri.
Rahsia itu hanya diketahui baru baru ini selepas pelakon utamanya, Anne Hathaway yang menghidupkan watak ikonik Andrea Andy Sachs mengungkapkan fakta ini.
Hathaway mengaku dia bukanlah pilihan pertama dalam membawa karakter seorang editor majalah fesyen yang cukup berkuasa, Andy.
Hal itu diungkapkan Hathaway sewaktu ditanya oleh seorang peserta saat dia menjadi tetamu dalam program RuPaul’s Drag Race pada 19 Februari lalu.
"Apakah halangan yang paling hebat sepanjang karier anda?" tanya peserta bernama Rose itu.
Aktres berusia 38 tahun itu kemudian mengatakan dia akan memberitahu satu rahsia sewaktu ingin terlibat dalam sebuah filem pada tahun 2006.
"Saya beritahu anda ini. Saya adalah pilihan kesembilan dalam filem The Devil Wears Prada!" katanya seperti dipetik dari The Vulture.
Hathaway bagaimanapun tidak mendedahkan siapakah calon nombor satu sehingga kelapan yang pernah disaring untuk membawa watak Andy dalam filem arahan David Frankel itu.
Dia sebaliknya hanya berkata: "Saya mendapatkannya dan bertahanlah. Jangan pernah berputus
asa."
Selain Hathaway, filem itu turut dibintang aktres Meryl Streep, Emily Blunt dan ramai bintang kelas A. Streep, malah menerima piala Golden Globe menerusi lakonannya di filem itu.
Must-Watch Video