Laman Utama

Antibiotik? Madu Lebih Berkesan Legakan Batuk Dan Selsema

Mya Amri
10/09/2020
05:45 MYT
Sponsor Banner
Antibiotik? Madu Lebih Berkesan Legakan Batuk Dan Selsema
Selesema dan batuk merupakan gejala biasa dan kerap dihidapi oleh penduduk di dunia.
Namun tahukah anda kajian sistematik dan metà analisis terkini mendapati madu adalah lebih berkesan untuk melegakan gejala jangkitan pernafasan seperti batuk, selsema dan sakit tekak berbanding penggunaan antibiotik.
Menurut perkongsian laman Facebook Public Health Malaysia, hanya dua sudu kecil madu diperlukan untuk melegakan gejala berkenaan.
“Hanya dua sudu kecil madu diperlukan, makan begitu sahaja atau campurkan dalam air suam dan minum perlahan lahan.
“Untuk makluman, jangkitan pernafasan ringan biasanya berpunca dari jangkitan virus. Pengambilan antibiotik TIDAK BERKESAN untuk jangkitan virus.
“Pengambilan Antibiotik berlebihan menyebabkan risiko rintangan- ia tidak lagi berkesan apabila ia diperlukan,” kongsi laman berkenaan.
Bagaimanapun, Public Health Malaysia menegaskan madu tidak digalakkan kepada anak-anak berusia 2 tahun ke bawah.
“*PENTING - Risiko jangkitan infant botulism. Kanak kanak bawah 2 tahun tidak digalakkan untuk diberi madu. Kanak-kanak bawah 1 tahun TIDAK BOLEH diberi madu,” jelas perkongsian itu. Gempak berharap perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat pembaca.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar