Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Apa Beza Makan Di Restoran Dengan Kenduri Kahwin?" - Mila Tak Puas Hati Statement KJ, Nak Ajak 'Sit Down' Berbincang & Beri Pendapat

Amri Hassan 05/10/2021 | 13:15 MYT
Penyanyi dan usahawan Mila Jirin menyatakan kekesalan terhadap kenyataan yang dikeluarkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitter semalam.
BACA: "Jadi Majikan Bukan Goyang Kaki Minta Bantuan Kerajaan" - Mila Jirin Kerja 15 Jam Sehari, Tak Sempat Fikirkan Diri Sendiri
Kata Mila, 33, kenyataan sedemikian ibarat tidak mempedulikan nasib pengusaha industri sosial sepertinya yang bergelut dengan masalah kewangan lebih setahun lalu.
"YB Menteri, adakah di majlis rasmi tetamu tidak bercakap sambil makan?? Di restoran, adakah semua orang sekarang makan sambil guna facemask?
"Adakah kebenaran kemasukan orang dari India, Sri Lanka, Pakistan, Bangladesh and Nepal lagi selamat?
"YB Menteri, kami usahawan dalam sektor sosial kecil sederhana dah setahun lebih mati. Tak ada satu kementerian pun ambil peduli industri kami.
"Oh saya lupa, industri kami tak penting macam industri pelancongan, penerbangan... Mereka industri besar lebih perlu diberi keutamaan," kata Mila.
BACA: "Sebab Dia Bantu Aku.." - Mila Jirin Menangis Teresak-Esak PM Nak Letak Jawatan
Terdahulu, Khairy memaklumkan majlis sosial dalam tempat tertutup mungkin antara sektor terakhir untuk dibuka.
"Saya tidak yakin pada masa ini majlis perkahwinan besar akan mematuhi SOP dan sebagainya.
"Yang mana tetamu akan membuka pelitup muka dan bersembang dengan mulut yang penuh makanan. Kita tunggu dulu bagaimana kelakuan orang ramai selepas rentas negeri dibenarkan," tulisnya di Twitter.
Justeru, Mila berpendapat pemain industri sosial sepertinya harus diberikan peluang untuk bersuara dan duduk semeja berbincang bersama menteri bagi mencari solusi terbaik yang akan disenangi semua pihak.
"Kami tak minta untuk majlis mega ribuan pengunjung. Kami cuma minta 100 tetamu yang akan dipecahkan kehadiran dalam 3 jam dengan SOP sama seperti restoran.
"Menteri berbincang sesama menteri. Jemputlah yang mahir dalam industri perkahwinan dan pengelola dewan majlis untuk bincang satu meja berbagi pendapat.
"Bukan kami tak faham cuma bagi peluang untuk kami usahawan yang terkesan beri buah fikiran.
"Moga adalah cara untuk saya dan pasukan duduk semeja dengan YB Menteri KJ dan MKN. Memberi buah fikiran kami yang fakir ini untuk ditimbang tara," tambahnya.
#Kahwin #Penyanyi #Viral #Mila Jirin #Twitter #Khairy Jamaluddin #Menteri #MKN #Katering #SOP #Statement
;