Hiburan
“Apa Keluar Gambar Macam Badak Berendam Ni” – Respon Lucu Abby Untuk Gambar Throwback Kahwin Suami
Suami pelakon, Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria berkongsi foto perkahwinan mereka pada tahun 2005.
Foto itu dimuat naik Faizal atau lebih mesra dengan panggilan Jai menerusi akaun Instagram miliknya semalam.
Foto yang merakamkan wajah Abby yang tersenyum di dalam kereta itu diserta dengan kapsyen sweet.
“Memory 2015, teman seumur hidup dunia akhirat @abby_abadi112 .... #jaiabby #jaiezzany #jaiezzanyabbyabadi,” tulisnya ringkas.
Namun lain pula jadinya apabila Abby meninggalkan komen lucu di foto berkenaan.
“Apa ni keluar gambar macam badak berendam ni,” tulisnya.
Bagaimanapun, melihat komen itu rata-rata pengikutnya menafikan perkara tersebut dan memuji kecantikan Abby.
“Cantikknye kak Abby… Dari kecik lagi memang minat dekat kak Abby,” komen @amieyra_hazone
“Cantiknya kak Abby... Untung dapat suami yang sayangkan akak… Saya doakan akak dan suami kekal till jannah,” puji @nur_yusrahanis
“Wihu comey sangat ni #abby_abadi112. Tak make up pun comey wife awak ni #jaiezzany. Kulit gebu-gebas. Semoga bahagia dan selamat rumah tangga hingga hayat terakhir kalian,” tulis @zack_yasok
Terdahulu, Abby dan Muhammad Faizal Zakaria selamat bergelar suami isteri pada 14 Ogos 2015.
Sebelum ini dia pernah berkahwin dengan aktor Norman Hakim pada tahun 2002 dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelum bercerai pada tahun 2008.
Foto: Instagram @jaiezzany