Hiburan
"Artis Bukan Tak Bijak Tapi ..." - Sharifah Shahirah Pesan Rakan Artis Jangan Mudah Terjebak Helah Syarikat Scammer!
Penyampai radio dan pengacara Sharifah Shahirah mengingatkan kepada golongan artis dan selebriti agar tidak mudah terpengaruh dan terpedaya dengan taktik syarikat scammer.
BERITA TRENDING: “Orang Lain Ambil Datuk Dekat Istana, Kami Di Hospital” - Anak Selamat Bersalin, Netizen Terhibur Dengan Sharifah Shahirah, Siap Pakai Selempang Kuning
BERITA TRENDING: Pernah Beri Bantuan, Sharifah Shahirah Syukur Aman Graseka Kini Berniaga Jellyball - “Saya Dah Block La Sebab Tak Nak…”
Pesan Shahirah atau mesra disapa Shiera, 51, kebanyakan artis yang terjebak disebabkan kegagalan memahami kontrak ketika sesi perbincangan selain pembabitan selebriti lain yang menambah keyakinan untuk menerima sesuatu tawaran atau perjanjian.
“Alhamdulillah setakat ini saya belum pernah lagi dijerat sindiket penipuan yang mempergunakan artis.
“Artis bukan tidak bijak, memang ada kontrak perlu ditandatangi tapi perincian dalam kontrak ada masanya mengelirukan.
“Mereka akan terus bersetuju dan tidak fikir panjang apabila melihat adanya pembabitan selebriti lain berstatus ‘datuk’ kerana merasakan syarikat itu legit,” kata Shiera yang ditemui pada majlis pembukaan cawangan keempat Kays Steak & Lobster di Elmina, Shah Alam, Selangor.
Berseloroh menyifatkan dirinya hanya artis gred D, Shiera tidak menafikan tawaran lumayan boleh menyebabkam seseorang gelap mata.
Shiera yang bergerak sendiri tanpa pihak pengurusan mengakui risau menjadi mangsa syarikat yang kononnya berprofil tinggi.
Justeru, dia lebih selesa berurusan dengan ejen yang dilantik pihak syarikat kerana lebih meyakinkan dan segala terma pada kontrak adalah melalui ejen.
“Tawaran yang saya terima kebanyakannya produk makanan keluarga, setakat ini belum pernah lagi saya dilamar syarikat perunding kewangan.
“Siapa tidak mahu tawaran lumayan? Saya akui boleh ‘sesat’ kalau dapat tawaran hampir setengah juta.
“Tapi kalau betul, timbul juga rasa was-was. Bukan apa risau juga dari mana mereka dapat wang sebanyak itu kerana selalunya syarikat besar lagi berkira,” katanya lagi.
Terdahulu beberapa selebriti termasuk ikon tempatan dalam radar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dipercayai terlibat dalam sindiket tawaran pinjaman.
Ia susulan SPRM menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai bank di beberapa institusi kewangan dalam Ops Sky.
BERITA TRENDING: Op Sky: Tiga Selebriti Dipanggil Minggu Ini
BERITA TRENDING: SPRM Siasat Pembabitan Selebriti Dibayar Hingga RM400,000 Jadi Duta Syarikat Perunding Kewangan
Setakat ini, 27 individu ditahan termasuk 18 pegawai bank, lapan petugas syarikat perunding kewangan terbabit dan satu orang awam dan kesemua mereka telah dilepaskan daripada reman dengan jaminan SPRM.
#Artis
#Sharifah Shahirah
#SPRM
#Shiera
#Scammer
#Rasuah
#Pinjaman
#Syarikat
#Ops Sky
#Kay's Lobster & Steak