Hiburan
Pernah Beri Bantuan, Sharifah Shahirah Syukur Aman Graseka Kini Berniaga Jellyball - “Saya Dah Block La Sebab Tak Nak…”
Penyampai radio dan pelakon Sharifah Shahirah meluahkan rasa gembira apabila mengetahui pelakon Aman Graseka kini sedang giat berniaga di Kedah.
Sokong perkara baik
Kata Shahirah atau mesra disapa sebagai Shiera, sebagai rakan dia sentiasa menyokong setiap perkara baik yang dilakukan Aman bagi mendapatkan sumber pendapatan.
“Alhamdulillah la… itu yang kita mahu. Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Insya-Allah, buat benda jujur, Alhamdulillah kita support. Tak kisah, berniaga apa… hantar barang tepat waktu, barang sedap, go!
Advertisement
“Tidak kisahlah dia berniaga apa pun, asalkan barang tersebut sedap, jadi teruskan sahaja. Jangan dah sedap (ada duit) masih hubungi kawan-kawan (minta duit). Sekali sekala boleh, jangan selalu sangat,” katanya kepada Gempak.
ARTIKEL BERKAITAN: Aman Graseka Tak Malu Jual Jellyball, Rezeki Tuhan Itu Luas
ARTIKEL BERKAITAN: Mas Idayu Takkan Bantu Aman Graseka Atas Sebab Ini - "Fikir Logik, Dia Patutnya Minta Pada ..."
ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa Aman Graseka Padam Mesej Lepas Minta Bantuan, Sharifah Shahirah Halalkan Segala Sumbangan- “Selepas Ini Tiada Lagi…”
ARTIKEL BERKAITAN: Isu Scammer, Isteri Aman Graseka Enggan Ulas Lanjut! - "Saya Tak Tahu, Tak Berani Komen"
Shiera ditemui ketika majlis sidang media Siri Jelajah Suria Kuasa 2 yang diadakan di The Estate On Federal Hills, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sekat nombor
Dalam masa sama, pelakon berusia 50 tahun ini juga mengakui dia sudah menyekat nombor digunakan Aman sebelum ini.
“Aman tak pernah contact saya, melainkan jumpa tegur ‘Assalammulaikum’. Saya dapat tahu Aman contact semua artis yang tak kenal. Saya tolong sebab semua orang kenal Aman Graseka.
“Tapi Alhamdulillah, Aman dah buat itu semua (berniaga). Tidak mengapa, ini adalah pengalaman dan saya belajar daripada kesilapan.
"Saya sudah pun sekat sebab tidak lagi dibebankan dengan masalah. Tidak mahu gaduh-gaduh,” ujarnya.
Sebelum ini, Shiera pernah menerima mesej daripada Aman yang meminta bantuan daripadanya kerana kesempitan hidup.
Aman bagaimanapun ketika dihubungi menafikan perkara tersebut dan memaklumkan dia dan keluarga seperti biasa.
Ketika isu tersebut menjadi hangat, ramai dalam kalangan selebriti mendedahkan menerima mesej sama daripada Aman namun tidak dapat dipastikan ia benar atau pun tidak.
Must-Watch Video