Laman Utama

Aset Muhammad Sajjad Yang Disita 2 Minggu Lalu Dilelong Hari Ini! Orang Ramai Boleh Datang Beli Di ...

Amri Hassan
14/12/2021
01:05 MYT
Sponsor Banner
Aset Muhammad Sajjad Yang Disita 2 Minggu Lalu Dilelong Hari Ini! Orang Ramai Boleh Datang Beli Di ...
Aset Muhammad Sajjad Kamaruz zaman yang disita dua minggu lepas bakal dilelong pada hari ini, Selasa, 14 Disember, pukul 10.30 pagi.
Menurut perisytiharan jualan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Disember lepas, lelongan awam tersebut akan dijalankan di rumah Muhammad Sajjad yang beralamat di Premis No. 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
"Pihak defendan tidak membuat pembayaran setelah writ penyitaan dan penjualan ditampal di premis Muhammad Sajjad Kamaruz zaman pada 14 Disember lalu.
"Maka, mahkamah telahpun meluluskan permohonan plaintif agar semua barang yang disita supaya dilelong hari ini," kata Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zukifili dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors iaitu peguam kepada plaintif, OWA Resources Sdn. Bhd.
Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32 dari OWA Resources yang merupakan bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Muhammad Sajjad cuba mendapatkan semula wang mereka setelah pampasan sebanyak RM200,000 ribu gagal dibayar usahawan itu.
Lelongan aset tersebut merupakan cara penyelesaian bagi menebus pampasan yang perlu dibayar oleh defendan.
Nurwati dan Muhammad Syakir yang bersyukur kerana nama mereka kini telah dibersihkan dan diberi peluang menetapkan kebenaran tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Mereka berlega hati yang pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh Muhammad Sajjad kini diketahui oleh semua dan hanyalah satu helah melalui pemanipulasian fakta.
Kedua-dua plaintif juga berkata yang mereka tidak pernah memfitnah Muhammad Sajjad malah merekalah yang difitnah.
"Keputusan mahkamah adalah testimoni yang sistem perundangan negara bersetuju dengan hujahan dan bukti-bukti yang telah dibentangkan oleh pihak plaintif," tambah Nurul Hafidzah.
Orang ramai yang ingin membeli senarai barang-barang yang akan dilelong bolehlah datang ke alamat seperti yang tertera di atas.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar