Laman Utama

"Ashtray, Kasut Tumit Tinggi, Telefon... Apa Saja Boleh Melayang" - Johnny Depp Dedah Ibu Kaki Pukul, Kejam Sama Macam Amber Heard?

Amri Hassan
21/04/2022
14:25 MYT
Sponsor Banner
"Ashtray, Kasut Tumit Tinggi, Telefon... Apa Saja Boleh Melayang" - Johnny Depp Dedah Ibu Kaki Pukul, Kejam Sama Macam Amber Heard?
Pesohor Hollywood, Johnny Depp menyifatkan hubungannya bersama Amber Heard seakan-akan sama dengan imbasan kisah pedih sepanjang zaman kanak-kanak bersama ibunya, Betty Sue Palmer.
Dalam testimoni ketika perbicaraan di mahkamah pada Selasa, Johnny memberitahu dia sering 'dibuli' secara fizikal dan mental.
Menceritakan semula perilaku mendiang ibunya suatu ketika dahulu, Betty Sue didakwa pernah menyeksa Johnny secara verbal, menghina dan melakukan kekerasan terhadapnya.
"Di dalam rumah kami tak pernah merasakan aman atau selamat pun, seperkara yang perlu kamu lakukan adalah elak daripada mencetuskan kemarahan. Ketika dia (ibu) marah, aku akan menjadi tempat lepas geram.
"Kekerasan secara fizikal, penyeksaan... Ia terus terjadi. Kami semua terkejut. Ketika dia berada berdekatan dia, kami akan cuba melindungi diri sendiri.
"Apa saja yang berdekatan dengannya, ashtray, kasut tumit tinggi atau telefon, semua itu tak mustahil akan melayang ke arah kami. Dia kejam!" cerita Johnny.
Johnny dikatakan kerap menerima kata-kata cacian dari ibunya sendiri, apa pilihan yang ada melainkan katanya akur dan pasrah.
Meski ibunya terus bertindak ganas, bapanya hanya mampu berdiam diri sebelum meninggalkan keluarganya ketika Johhny berusia lima tahun.
Depp dan Heard berkahwin pada 2015 dan bercerai tiga tahun kemudian iaitu sekitar 2017. Sejak itu, pasangan yang pernah dilihat sangat serasi dan dicemburui tersebut tidak memiliki hubungan baik sehingga Heard mendakwa hidup merana bersama Depp kerana sering mengalami kekesaran dalam rumah tangga.
Sumber: Daily Beast, Daily Mail, The Independent
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar