Hiburan
“Ni Bukan Berlakon Ya Guys, Ni Betul-Betul” - Tular Video Berbusana Pengantin & Akad Nikah, Fikry Ibrahim Berkahwin?
Pelakon, Fikry Ibrahim dikhabarkan menamatkan zaman bujangnya dengan wanita yang dikenali sebagai Khalizah.
Spekulasi itu mula timbul apabila tular satu perkongsian yang dimuat naik oleh pemilik akaun Instagram bernama Honey Julpaaa hari ini.
Menerusi beberapa hantaran di Insta Stories miliknya merakamkan Fikry dan Khalizah menyarungkan busana berwarna putih.
Malah Fikry juga dilihat melafaz akad nikah dengan sekali lafaz sahaja.
Kapsyen yang ditulis dalam salah satu hantaran juga mengundang tanda tanya ramai.
“Ni bukan berlakon ya guys, ni betul-betul kahwin,” tulis pemilik akaun itu.
Difahamkan, ada yang mengatakan wanita tersebut pernah berkahwin sebelum ini.
Gempak cuba menghubungi Fikry namum masih belum berjawab.
Jika benar seperti yang dikata, tahniah diucapkan kepada Fikry dan isterinya.
Must-Watch Video