Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Aslam Sahkan Bayi Sulung Bersama Marissa Dania Meninggal Dunia, Maklum Umisya Mazlan Tahu Berita Kehamilan Dari Awal - "Saya Terima Sebagai Ujian"

Khairil Khusyairi 25/08/2024 | 02:00 MYT
Suami kepada Marissa Dania Hakim iaitu Ahmad Aslam tampil memberi respons mengenai berita kematian cahaya mata sulung mereka.

Sahkan Berita Kematian Anak

Menerusi muat naik di Instagram (IG), Aslam mengesahkan berita itu dan menjelaskan perkara tersebut kepada umum.

"Assalamualaikum, atas apa dikeluarkan pada hari ini, tentang berita kematian atau musibah yang melanda keluarga saya, ianya adalah betul.

"Untuk makluman semua, pada hari kejadian saya sudah pun memaklumkan kepada bapa mentua saya atas apa yang berlaku dan kami menyelesaikan dengan sebaiknya semua urusan," tulisnya.

Umisya Tahu Kehamilan Marissa

Jelas Aslam lagi, isteri pertamanya iaitu Umisya Mazlan turut mengetahui mengenai kehamilan Marissa yang heboh diperkatakan sebelum ini.

"Buat pengetahuan semua, Umisya juga sudah tahu tentang berita kehamilan Marissa dari awal," jelas Aslam lagi.

Dalam pada itu, Aslam turut memohon agar warganet tidak membuat sebarang spekulasi mengenai beriata duka tersebut.

"Saya mohon semua mendoakan yang baik-baik buat kami dan tidak membuat sebarang spekulasi mahupun mengeluarkan hukum dengan sewenangnya," harapnya.

Aslam turut berterima kasih kepada semua yang telibat terutamanya keluarga dalam menguruskan pengebumian jenzah bayi sulungnya bersama Marissa itu.

"Terima kasih pada ibu bapa, bapa mentua, Umisya dan qariah surau yang terlibat dalam urusan mandi, solat dan pengebumian anak syurga saya pada hari tersebut.

"Yang buruk tetaplah hadir dari diri saya sendiri, yang baik dari Allah SWT, Allah tetap sebaik-baik perancang.

"Saya terima semua sebagai ujian dan hikmah buat saya," tutupnya.

Berita kehilangan anak sulung Aslam dan Marissa mula heboh diperkatakan selepas dikatakan lahir pramatang.

Julai lalu Marissa menjadi perhatian apabila didakwa sedang berbadan dua apabila baby bump kelihatan di sebuah majlis.
Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila kecoh mengenai keputusan dia bernikah dengan jejaka berstatus suami orang dikenali Ahmad Aslam secara senyap Disember tahun lalu.
Lebih mengejutkan, perkahwinan Marissa dan Aslam didakwa berlangsung ketika isteri pertamanya, Umisya Mazlan sedang berada di Tanah Suci Makkah.

ARTIKEL BERKAITAN: Umisya Mazlan Urus Jenazah Bayi Marissa Dania, Turut Sedih - Kakak

ARTIKEL BERKAITAN: Lahir Dalam Keadaan Pramatang, Bayi Sulung Marissa Dania & Aslam Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dakwaan Hamil Anak Sulung, Marissa Dania & Aslam Kunci Mulut

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu Dalam Mimpi… Abby Abadi Kongsi Momen Bekas Teman Lelaki Marissa Dania? Netizen Cakap Handsome & Sopan

ARTIKEL BERKAITAN: Madu Marissa, Umisya Mazlan Hamil Anak Ketiga?

#Meninggal Dunia #Abby Abadi #Cahaya Mata #Marissa Dania #Ahmad Aslam #Umisya Mazlan
;