Viral
"Asyik Main Phone, Ada Attitude & Demanding Nak Itu Nak Ini" - Pereka Fesyen Dedah Perangai Diva Samantha Katie
Seorang pereka fesyen tempatan yang enggan namanya didedahkan memberitahu sudah serik untuk berkolaborasi dengan bekas Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James.
Maklumnya kepada Gempak, Samantha sememangnya punyai masalah komunikasi dan sikap terutama ketika sesi perbincangan.
"Saya pernah dipelawa untuk menyiapkan dresnya untuk acara Miss Universe ketika itu. Pertama kali bertemunya, dia punyai 'attitude' ketika meeting.
"Saya dapat rasakan aura diva dia yang tak teruja pun ketika perjumpaan itu. Asyik main phone, pakai skirt pendek dan baju seksi bertali halus, yang mana perkara itu tidak manis sebagai seorang Ratu Cantik.
"Malah, dia juga bukan seperti Ratu Cantik yang kita selalu tengok. Tidak mesra pun dengan orang lain, katanya kepada Gempak.
Mengakui sesi pertemuan itu tidak mengujakan, pereka fesyen berkenaan memberitahu Samantha juga keras kepala.
"Dia tidak hormat orang dan demanding nak itu nak ini. Dia nak yang seksi, slit tinggi, dedah dada dan enggan mendengar idea orang lain.
"Memanglah pereka fesyen pun mahukan satu gabungan idea dan pendapat yang dipersetujui kedua-dua belah pihak.
"Tetapi, pereka fesyen pun ada kredibiliti dan estetik mereka. Selain itu, mereka pun mahu menyampaikan mesej dengan rekaan baju itu.
"Apa yang boleh saya katakan pertemuan itu satu sesi yang dingin dan tak menyeronokkan," katanya kepada Gempak.
Justeru, pelawaan untuk menghasilkan busana Miss Universe terpaksa ditolak demi menjaga reputasi dan kredibilitinya.
"Saya tahu dia seperti segelintir budak-budak muda yang lain, tetapi saya tak boleh mereka pakaian untuk orang yang tak boleh bekerjasama dengan orang lain," tambahnya.
Nama Samantha tular apabila memuatnaik kenyataan berbaur perkauman di media sosialnya pada Isnin.
Tindakannya itu mengundang kemarahan ramai dan dianggap tidak patut memandangkan dia pernah menyandang status Ratu Cantik Malaysia.
Reputasinya terus terjejas, malah, menerusi akaun media sosialnya juga gadis kelahiran Klang, Selangor itu terus diancam oleh wargamaya.
BACA: Instagram Buang 'Verified Badge' Bekas Miss Universe Malaysia, Netizen Minta Samantha Tutup Akaun
Samantha turut menyatakan pandangannya terhadap kenyataan sebelum ini bukan berniat mencetuskan isu perkauman.
Terdahulu, kecoh sejak minggu lalu apabila berlaku rusuhan kaum di Amerika Syarikat selepas seorang warga Afrika-Amerika George Floyd telah meninggal dunia apabila mengalami kesukaran bernafas akibat lehernya telah ditekan lutut seorang anggota polis Minneapolis, Minnesota.