Atasi Stigma Kesihatan Mental: Pentingnya Meminta Bantuan untuk Kesihatan Mental
Kesukaran Mencari Bantuan
Menerusi podcast di platform Syok, Anita berkata walaupun akses kepada bantuan mental kini lebih mudah, keadaan berbeza di kawasan luar bandar di mana sumbernya terhad.“Dalam kita sendiri ini tanggapan umum kita sendiri takut, macam mana nak break free adalah dengan obanyak perkara iaitu knowledge, tetapi awareness sangat penting.
“Keberanian untuk meminta bantuan bukan hanya bergantung kepada ketersediaan perkhidmatan tetapi juga kepada persepsi masyarakat yang sering kali dipenuhi stigma,” katanya.
Pentingnya Kesedaran
Sementara itu, Anita turut menegaskan bahawa di MIIASA tiada paksaan bagi seseorang individu itu untuk berkongsi masalah mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Menghadapi Cabaran Mental: Ini 10 NGO yang Bersedia Membantu
ARTIKEL BERKAITAN: 7 Tanda Awal Masalah Kesihatan Mental & Kepentingan Dapatkan Bantuan Yang Diperlukan
ARTIKEL BERKAITAN: Langkah Menuju Pemulihan: Mengatasi Stigma dan Mencari Bantuan Kesihatan Mental
ARTIKEL BERKAITAN: Shasha Abedul Hidap Depresi & Anxiety - “Saya Pergi Terapi & Jumpa Pakar Psikologi, Alhamdulillah Semakin Baik”
Sekadar info, MIASA merupakan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengadvokasikan kesihatan mental dan menyokong mereka yang bertarung dengan penyakit mental (peer) dan penjaga adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental dan untuk memperbetulkan tanggapan dan kekeliruan masyarakat mengenai isu kesihatan mental dan penyakit mental serta menyediakan sokongan kepada ‘peer’ dan penjaga mereka melalui pelbagai program dan aktiviti kesedaran dan sokongan.
Sinopsis Projek; Exit
Setelah gagal dalam percubaan untuk membunuh diri, seorang remaja perempuan dengan masalah depresi dihantar ke asrama juvana/ pusat pemulihan akhlak. Dia bertemu seorang remaja lelaki di mana mereka berdua berkomplot untuk lari dari pusat itu.