Hiburan
Atikah Suhaime Imbau Kisah Disebalik ‘Nasi Goreng’ - “Keluarga Saya Di Singapura Tak Boleh Telan Langsung Sebab…”
Pelakon Datin Atikah Suhaime mengimbau kenangan mengenai ’nasi goreng’ yang dikatakan mempunyai cerita tentang kesusahan keluarganya dahulu.
Kisah nasi goreng
Menerusi video berdurasi 5:15 saat, Atikah yang sedang menyediakan makanan untuk keluarga mentuannya berkata resepi nasi goreng itu selalu dimasak oleh ibunya sewaktu mereka pernah hidup susah.
Tambah Atikah, dia tidak menyangka menu tersebut menjadi kesukaan suami dan bapa mentuanya.
“Nasi goreng ini ada kisah silamnya. Dulu keluarga saya masa susah hari-hari mama akan buat nasi goreng tapi tak pakai daginglah, setakat ikan bilis sahaja.
“Kadang-kadang saya teringin makan masakkan mama, jadi buatlah nasi goreng ala mama masak. Papa mentua saya terbau nasi goreng itu dia minta.
ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau Makan Lauk Melayu Atau Mamak Rasa Macam Nak Muntah" - Atikah Suhaime Kongsi 'Mual Series Mukbang' Makan Western Food, Netizen Speku Hamil?
ARTIKEL BERKAITAN: Mula Rasa Mual & ‘Craving’ Makan Singgang Kuning, Netizen Syak Atikah Suhaime Hamil - “Apa-Apa Doakan”
ARTIKEL BERKAITAN: Mula Rasa Mual & ‘Craving’ Makan Singgang Kuning, Netizen Syak Atikah Suhaime Hamil - “Apa-Apa Doakan”
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Tak Malu Pun Suami Belikan Kereta Second Hand Je” - Netizen Puji Atikah Suhaime, Humble & Sweet
“Saya cakap dekat dia ini masakan orang miskin sahaja, biasa-biasa, pandai makan ke? Sejak hari itu resipi nasi goreng ini sangat popular di rumah mentua,” kongsinya.
Trauma ingat kisah lalu
Berkongsi lebih lanjut, isteri kepada usahawan Datuk Lokman Teh ini berkata, keluarganya juga tidak mahu lagi menikmati makanan tersebut disebabkan teringat kehidupan susah yang pernah dilalui mereka.
“Kali ini bukan saya mengidam tetapi suami yang nak makan nasi goreng. Dia cakap siap mimpi lagi nak makan nasi goreng masakan saya.
“Ironinya keluarga saya di Singapura tak boleh telan langsung nasi goreng ini sebab trauma waktu susah dulu. Jadi itulah kisah nasi goreng resipi mama saya ini.
“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki yang Allah beri sekarang ini,” ujarnya lagi.
Titip nasihat
Atikah turut menitipkan nasihat dan pesanan kepada orang ramai supaya sentiasa bersedekah.
“Untuk pastikan rezeki tak putus, jangan lupa sedekah walaupun RM2 sekali pun kepada yang memerlukan. Jangan pernah kedekut pada mak ayah sendiri.
“Walaupun keluarga mentua kaya, saya masih beri sedikit duit, belanja makan atau apa sahaja,” katanya.
undefined