UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Atikah Suhaime Pernah Dikritik Masak Tak Sedap! “Papa Mentua Pernah Cakap …”

Ainun 08/02/2025 | 06:55 MYT

Pelakon Datin Atikah Suhaime sempat berkongsi video mukbang di aplikasi TikTok, yang telah menarik perhatian netizen.

Menerusi video tersebut, seorang individu berkongsi di ruangan komen di mana menantu perempuannya yang baru berkahwin enggan memasak dan mengemas rumah, malah mengajak anaknya berpindah keluar.
Atikah kemudian membalas komen tersebut dengan menceritakan pengalamannya ketika memasak untuk bapa mertuanya, walaupun pada awalnya menerima kritikan masakannya tidak sedap.
Bagaimanapun, pelakon kelahiran Singapura itu tetap tidak berputus asa untuk memasak untuk keluarga mentuanya kerana dia tidak mudah berkecil hati dengan kritikan, malah mempunyai minat yang mendalam dalam bidang memasak.
“Ada yang jenis pemalu dan segan. Macam saya, tak segan. Mula-mula masak, papa mentua cakap makanan tak sedap. Tapi saya tetap berusaha sampai jadi sedap. Sebab memang minat masak je,” komen Atikah.
Meninjau komen daripada netizen lain, rata-rata mereka memuji sikap Atikah yang sentiasa berusaha untuk memasak untuk keluarga mentuanya. Ramai juga yang berkongsi pengalaman mereka yang berada dalam situasi yang sama sepertinya.

BERITA BERKAITAN: Atikah Suhaime Terkilan Rakan Tegur Seri Wajah Hilang Sebab Hamil Anak Perempuan - “Dia Nak Kata Saya Ini Buruk Semasa…”

BERITA BERKAITAN: Atikah Suhaime Buat ‘Gender Reveal’ Dengan Suami - “Harap Dia Kahwin Dengan Anak Raja Sebab ...”

BERITA BERKAITAN: Wajah Baby Face Ibu Atikah Suhaime Jadi Perhatian - “Mudanya Mama, Macam Adik Beradik”

BERITA BERKAITAN: “Boleh Makan Western Sahaja Trimester Pertama…” – Dijangka Bersalin Bulan Mac, Atikah Suhaime Kongsi Journey Kehamilan Anak Sulung

Antara komen yang ditinggalkan adalah:
"Bagusnya attitude Tikah ni, Saya suka masak tapi takut kalau nak masak untuk orang. Seram."

"Macam sayalah pemalu. Segan nak guna dapur. Duduk sekejap cari rumah sewa."

"Sama awak. Saya mula mula masak, mak mentua tak cakap tak sedap, tapi kita sendiri nampak reaksi dia. Dah tiga tahun baru dia tegur masakan makin sedap, Alhamdulillah," komen dari netizen.
Sekadar info, Atikah sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh, 35, dengan sekali lafaz pada 21 Januari 2024.

#Atikah Suhaime #Masakan #Netizen #Keluarga #Sedap #Pengalaman #Mentua #Tak #Puji #Kritik
;